in

Lelaki Ini Peroleh PhDnya Pada Usia 72 Tahun, Jadi Inspirasi Anak Muda Sekarang

Featured Phd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jarang kita dapat lihat warga emas yang masih belajar pada usia mereka. Majoritinya, mereka hanya berehat di rumah setelah berpuluh tahun bekerja. Ada yang menjaga cucu, bercuti dan melakukan hobi masing-masing. Tetapi berbeza pula dengan lelaki ini, di mana beliau masih belajar ketika usianya yang sudang menjangkau 72 tahun. Wow hebat! 


“Allah rezekikan Kak Mun berjumpa dengan seorang yang sangat istimewa, inspirasi dan menakjubkan!”

Tular perkongsian gadis ini di laman sosialnya, di mana dia amat kagum dengan semangat pakcik tersebut iaitu Dr Ismail bin Haron, yang berjaya menamatkan pembelajarannya dalam peringkat phD atau Doktor Falsafah ketika usianya 72 tahun.

Menurut Munadilatul Iezzah Lubis, dia sempat menanyakan beberapa soalan kerana terlalu kagum dan tertanya-tanya bagaimana seusia itu boleh berjaya menghabiskan tempoh pembelajaran sama seperti pelajar lain yang jauh lebih muda.

Phd
sumber: facebook

Katanya, pakcik tersebut mengambil bidang dalam contemporary issues. Beliau amat minat dalam menuntut ilmu. Dia juga berazam selagi umurnya panjang, dia mahu terus belajar. Tambahnya, beliau mengambil mixmode iaitu gabungan antara subjek dah research.

Beliau mengambil master selama 2 tahun di Universiti Islam Antarabangsa, dan kemudiannya sambung mengambil phD selama 5 tahun di universiti yang sama. Wow salute!

Beliau turut memaklumkan bahawa selepas ini dia ingin terus belajar. Rasa untuk bekerja sudah tidak ada dek kerana usianya yang sudah lanjut itu.

“Bayangkan.. Pakcik umur 72 tahun habiskan master dalam masa 2 tahun dan sambung phD sejurus selepas itu selama 5 tahun. 7 tahun berturut-turut tanpa henti!”

MIXMODE ya tuan puan. Bukan coursework..”

Phd 2
gambar hiasan

Menurut Muna, ketika sesi soal jawab berkenaan, dia memanggil lelaki itu dengan gelaran Dr tetapi beliau masih menggelar dirinya sebagai pakcik. Tiada langsung rasa riak atau sombong walaupun sudah bergelar Dr.

Tambah Muna, menerusi soal jawab itu, dia dapat belajar tentang perkara-perkara ini,

“Jangan tengok orang lain! Boleh tengok orang lain untuk motivasikan diri. Tapi bukan lemahkan diri”

“Jangan ikut orang/trend. Orang nak ambil master, kita pun nak. Orang sambung phD kita pun nak. Jangan! Jangan buat sesuatu sebab orang lain buat juga. Tetapkan tujuan buat sesuatu perkara sebelum diri binasa”

Perkongsian ini rata-ratanya mendapat pujian dari netizen.

Phd 6
sumber: facebook
Phd 4
sumber: facebook
Phd 3
sumber: facebook

Tahniah Dr.. Harap anak muda di luar sana dapat jadikan kisah ini sebagai inspirasi anda untuk terus maju jaya ya! 🙂

Baca: Graduan Master Berhenti Kerja Sebagai Saintis Demi Menjadi Badut Untuk Hiburkan Anak Yatim, Pesakit

Pagebadut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.