in

Graduan Master Berhenti Kerja Sebagai Saintis Demi Menjadi Badut Untuk Hiburkan Anak Yatim, Pesakit

Pagebadut E1660354316119

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bukan perkara mudah. Apatah lagi jika seseorang itu menyambung pengajiannya sehingga ke peringkat Master. Sudah penat lelah belajar, pastinya individu tersebut mahukan kerjaya yang bagus dan pendapatan yang lumayan.


Namun, seorang lelaki dari Johor Bahru ini menepis pandangan ramai selepas dia memilih kerjaya sebagai badut meskipun mempunyai kelulusan Master.

Uncle4
sumber: facebook

Menurut The Star, Leong Kim Oon, graduan Genetik dari UKM dan Master Bioteknologi dari USM memilih untuk berhenti kerja sebagai saintis dua tahun lalu untuk menjadi badut sepenuh masa dan membuat persembahan secara percuma.

Sewaktu bekerja sebagai saintis profesional dan mempunyai tempat kerja yang selesa, Leong menyatakan bahawa impiannya yang sebenar adalah untuk menghiburkan orang ramai, terutama anak-anak yang sakit dan warga tua.

Uncle1
sumber: facebook

Dikenali dengan nama Uncle Fishy, lelaki yang berusia 48 tahun itu mula menyarungkan kostum badut pertama kali di sebuah acara di Pulau Pinang 17 tahun lalu. Semakin meminati persembahan badut dan menjadikannya sebagai hobi, lelaki tersebut mula bergiat dengan persembahan amal badut sewaktu dia melawat Hospital Pulau Pinang, lapor Uncle Fishy Entertainment.

Kalau kita gembirakan orang lain, kita juga akan turut merasa kegembiraan itu dan melupakan kesedihan kita.”

Uncle3
sumber: facebook

Ketika bertemu seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun menghidap talasemia, Leong akui berasa begitu tersentuh dan merasakan bahawa Tuhan telah menciptakan dirinya dengan satu tujuan, iaitu untuk mengembalikan senyuman di wajah kanak-kanak seperti itu.

Kalau awak gembira, saya pun gembira.”

Uncle8
sumber: facebook

Menghabiskan dua jam di sesebuah tempat untuk membuat persembahan gubahan belon, silap mata, dan persembahan boneka, Leong melawat hospital-hospital kerajaan, rumah anak yatim, dan pusat jagaan orang kurang upaya di sekitar Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi setiap minggu.

Mulia sungguh hati Uncle Fishy sampai sanggup berhenti kerja untuk gembirakan anak-anak yang sakit dan warga emas. Semoga semua terhibur dengan persembahan Uncle!

Baca: Lelaki Tinggal Kerjaya Sebagai Juruterbang Kepada Petani Kerana Minat, Kini Peroleh Pendapatan Lebih Lumayan

Jagung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.