in

Lelaki Ini Hilang Sebelah Kakinya Kerana Kanser, Kini Jadi Superstar Bola Sepak Yang Terkenal

Satu Kaki Je

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Ini Hilang Sebelah Kakinya Kerana Kanser, Kini Jadi Superstar Bola Sepak Yang Terkenal
Loading
/

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Walaupun seseorang itu mempunyai kekurangan diri, ia tidak semestinya menjadi batu penghalang untuk kecapi kejayaan. Berkat usaha dan keazaman, apa yang dihajatinya pasti menjadi kenyataan di suatu masa nanti.


Semangat inilah yang dimiliki oleh seorang lelaki OKU, He Yiyi apabila dia telah kehilangan sebelah daripada kakinya akibat kanser tulang. Kegigihannya telah berjaya menjadikan lelaki ini sebagai superstar bola sepak di China, lapor Shanghaiist.

Semuanya bermula apabila tularnya sebuah video yang menunjukkan He, 21, lincah bermain bola di atas padang dengan menggunakan satu kaki dan sepasang tongkat plastik.

Karier He sebagai seorang pemain bola sepak bermula sejak dia kecil lagi apabila potensinya mula disedari oleh seorang pengakap dari Perancis. Oleh itu, He telah merancang untuk menyusul ke Perancis dengan harapan untuk merealisasikan impiannya sebagai pemain bola sepak profesional.

Namun, segala impiannya berkecai setelah He didiagnos mengalami osteosarcome, sejenis kanser tulang pada usia 12 tahun. Menurut doktor, penyakit yang biasanya menjangkiti kanak-kanak itu hanya boleh dirawat dengan memotong sebelah daripada kakinya. 

Dengan berat hati, He terpaksa meninggalkan permainan yang amat disukai dan melewati hari-harinya dengan keluar masuk hospital. Tidak lama selepas itu, He kembali ke padang dengan bantuan seorang pelatih. Dia kini lebih yakin untuk menggapai impiannya meskipun latihan yang dilalui amat memeritkan. Jangan mudah mengalah He! 

4672674E00000578 5093649 Image A 55 1510941575713
sumber: daily mail

He juga dalam masa yang sama tidak mahu mencederakan pemain lain di atas padang, lalu dia memutuskan untuk menggunakan tongkat plastik mudah patah supaya tiada pemain yang tercedera jika mereka merempuhnya ketika perlawanan.

Walau bagaimanapun, semua usaha yang dilakukan He masih tidak membolehkannya bermain dengan liga amatur dan penyertaannya sering ditolak berkali-kali. Sedihnya! 

4672674000000578 5093649 Image A 65 1510941684638
sumber: daily mail

Pun begitu, He tidak perlu berasa risau dan patah semangat kerana netizen di China telah memberikannya kata-kata semangat untuk terus berusaha dan sekaligus mencadangkannya untuk cuba menyertai pasukan kebangsaan China pula.

“Kalaulah dia mempunyai sepasang kaki, pasukan China pastinya terselamat,” kata salah seorang netizen di Weibo.

46726Af000000578 5093649 Image A 85 1510941868146
sumber: daily mail

Sungguhpun begitu, He bercadang untuk bermain bola sepak secara kompetitif untuk dua ke tiga tahun lagi sementara dia masih muda. Dalam jangka waktu itu, dia berharap untuk menyertai mana-mana liga yang sanggup menerimanya nanti.

Jadikanlah kisah He ini sebagai contoh untuk terus maju dalam hidup. Tiada apa yang tidak boleh digapai tanpa usaha dan kegigihan. You can do it! 

Baca: Lelaki OKU Bangkit Selepas Kemalangan, Berjaya Tawan 20 Puncak Gunung Guna Kaki Palsu

Puncak Daki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.