in

Lelaki Hilang Kerja, Isteri & Reputasi Lepas Dituduh Lakukan Serangan Seksual Kerana Bantu Repair Kereta Wanita

Gh

Sekarang ni, dekat mana-mana negara pun, kalau laporan serangan seksual dibuat, pihak berkuasa akan ambil serius dengan tuduhan tu. So, janganlah gunakan peluang ni untuk salah gunakan kuasa atau kenakan orang lain.

Macam kes yang berlaku di Australia ini. Menurut Daily Mail, seorang lelaki mengatakan kehidupannya hancur lepas wanita yang dibantunya menuduh dia melakukan serangan seksual.

Kenan Basic menghabiskan masa dua minggu di penjara kawalan maksima, lebih teruk lagi, dia hilang pekerjaan dan dalam proses bercerai dengan isteri selepas seorang wanita berusia 19 tahun membuat tuduhan palsu mengenainya.

Ceritanya, pada November tahun lepas, Kenan telah berhenti untuk membantu seorang remaja yang keretanya rosak selepas alami kemalangan kecil.

Bapa pada seorang anak ini menghabiskan masa hampir dua jam untuk repair kereta gadis tersebut.

Rakaman CCTV di stesyen minyak BP menunjukkan keseluruhan interaksi antara pasangan ini yang kelihatan mesra berbual dan sempat berpelukan tanda terima kasih sebelum gadis itu memandu pergi.

6580666 6423631 Image A 21 1543036950850

Sepanjang hidup saya, saya selalu tolong orang. Tapi, ini kali pertama orang aniaya saya.”

Kenan kemudiannya mengikut remaja tersebut dari belakang sekejap untuk memastikan kereta gadis itu tak rosak semula.

Bagaimanapun, selepas mereka berpisah, gadis tersebut memberitahu polis bahawa Kenan telah menyerangnya dan mengintipnya. Motippp

Remaja ini mendakwa Kenan telah meminta untuk melakukan hubungan seks sebagai balasan pertolongannya sebelum mengikutnya dari belakang.

Beberapa hari selepas Kenan membantu gadis tersebut, dia didakwa dengan tuduhan seksual yang berat dan perlu menghabiskan masa dua minggu di dalam Penjara Silverwater.

Tak cukup dengan itu, dia dibuang kerja dan isterinya memfailkan penceraian kerana tuduhan tak berasas ini.

13145000 6996829 Gray Told Police Mr Basic Pictured Had Allegedly Propositioned H M 7 1557137525774

“Tak ada siapa sangka sebab tolong orang kereta rosak sampai boleh kena tuduhan serius macam ni.”

Pada hari Isnin lalu, semua pertuduhan ke atas Kenan telah digugurkan selepas gadis ini mengalah semasa disoal siasat dan mengaku yang dia hanya bercakap bohong selama ini.

Remaja perempuan itu kini menghadapi tuduhan memberikan maklumat palsu dan akan dihadapkan ke mahkamah minggu hadapan.

Kenan kini serik untuk berhenti bagi membantu orang dalam kesusahan selepas ini.

 

Baca: Padah Memandu Ketika Banjir! Wanita Terpaksa Bayar RM581,000 Untuk Baiki Kereta Rosak

Screenshot 2019 05 09 At 3.30.08 Pm