Umum mengetahui, pelakon utama filem Black Panther, Chadwick Boseman telah meninggal dunia pada 28 Ogos tahun lalu kerana penyakit kanser.
Untuk meneruskan kesinambungan francais filem ini, ada ura-ura yang mengatakan Letitia Wright yang membawa watak Shuri dalam filem tersebut akan menggantikan Chadwick sebagai Black Panther yang baharu.
Bagaimanapun, usaha ini nampaknya terpaksa dilupakan apabila Letitia dilaporkan sah keluar daripada Marvel Cinematic Universe (MCU) gara-gara menolak dan tidak mengambil vaksin.
Sebelum ini, Letitia pernah dilaporkan mengalami kecederaan semasa penggambaran Black Panther 2. Untuk itu, penggambaran filem ini terpaksa ditangguhkan sehingga ke 2022 sementara menunggu beliau sembuh.
Untuk rekod, Disney menetapkan syarat untuk semua kru set penggambaran untuk mengambil vaksin. Namun, syarat ini tidak terpakai buat Black Panther 2 memandangkan filem ini masih dalam proses penggambaran.
Namun, memandangkan filem-filem MCU pada masa akan datang masih memerlukan kesemua kru mendapat vaksin, jadi Letitia terpaksa keluar daripada francais ini jika tidak mahu menerima vaksin.
Sehingga kini, masih tiada pengunguman rasmi daripada Letitia Wright berkenaan isu ini.
Kredit: BSO
BACA: Pelakon Utama Filem Black Panther, Chadwick Boseman Meninggal Dunia Akibat Kanser