in

Lelaki Disangka Ingin Bunuh Diri, Rupa-rupanya Panjat Pencawang Elektrik Untuk Selfie

Gila Punya Orang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Disangka Ingin Bunuh Diri, Rupa-rupanya Panjat Pencawang Elektrik Untuk Selfie
Loading
/

Macam-macam ragam orang zaman sekarang. Ramai yang sanggup melakukan perkara gila dan membahayakan diri hanya kerana ingin menjadi tular dan dikenali di media sosial. Apa yang lebih mengejutkan perkara seperti ini baru sahaja berlaku semalam (20 November) berdekatan Menara TM dan Hotel Pullman Bangsar.


Menurut Harian Metro, kecoh semalam apabila seorang lelaki dilihat memanjat pencawang eletrik berdekatan hotel di Bangsar, Kuala Lumpur kerana menyangka individu tersebut ingin membunuh diri. Dah kenapa pulak ni?

23659338 863130917197953 4807562385175559306 N
sumber: facebook

Kira-kira jam 5.29 petang, orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pantai untuk bergegas ke tempat kejadian dan memberi bantuan yang sepatutnya.

Walau bagaimanapun, drama yang mengejutkan itu bertukar menjadi sesuatu yang sia-sia kerana ternyata tindakan lelaki itu bukanlah seperti yang disangkakan.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat seorang lelaki memanjat pencawang elektrik.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit turun dari pencawang elektrik itu selepas mendengar nasihat anggota polis dan pihak bomba yang membuat persediaan di lokasi bagi memantau sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman.

23659424 863130953864616 6228250256340398191 N
sumber: facebook
23722436 863131040531274 2434582741974080495 N
sumber: facebook

Menurut pihak polis, tujuan lelaki berusia 26 tahun tersebut berbuat demikian hanyalah untuk mengambil gambar swafoto atau selfie bersempena sambutan hari lahirnya yang jatuh pada hari tersebut. Ish, ish, ish! Ingat apa tadi…

Difahamkan, lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihak polis akan mengambil tindakan lanjut di atas perbuatannya yang sangat membahayakan itu.

23659694 863131060531272 7297424072320788360 N
sumber: facebook

Foto tindakan berani individu berkenaan yang tular di media sosial telah menyebabkannya mendapat kritikan dan kecaman daripada netizen yang menganggap perkara tersebut merupakan tindakan bodoh yang menyusahkan orang sekeliling. Lain kali fikirlah panjang sebelum berbuat sesuatu ye! 

Lelaki Mahu Selfie Gitu
sumber: facebook

Janganlah terlalu terikut-ikut dengan budaya Barat yang berani tak tentu pasal tu. Kalau terjatuh macam mana? Kan dah sia-sia…

Baca: Remaja Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Hotel Selepas Tergelincir Ketika Cuba Selfie di Parkir

Genting

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.