in

Lelaki Dirakam Masukkan Tangan Ke Dalam Seluar Anak Saudara di Tempat Awam

Kid

Tak tahulah kalau si pakcik ni memang terlebih mesra dengan anak saudaranya, ataupun sejenis tak boleh menahan nafsu sampaikan boleh bertindak memasukkan tangan di dalam seluar anak saudara ketika meribanya di tempat awam. Geli kan?

Menurut Sinar Harian, seorang lelaki ditahan selepas mencabul anak saudaranya di Hospital Chongqing, China. Aksi itu dibuktikan apabila seorang saksi bertindak mengambil gambar anak beranak itu.

Image 3
sumber: sinar harian

Foto yang kemudiannya di muat turun di laman sosial terus menjadi tular dan membawa kepada siasatan oleh pihak berkuasa.

Menurut saksi, anak saudaranya itu tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika pakciknya melakukan perbuatan keji itu dan terus bermain dengan telefon bimbitnya.

Si pakcik yang merupakan suami kepada adik bapa mangsa kini ditahan dan telah pun mengaku melakukan perbuatan keji itu. Tau pun mengaku salah!

1486441926Childabuse
gambar hiasan

Rata-rata netizen yang melihat gambar tersebut berang akan tindakan pakciknya yang bertindak lucah terhadap anak buah sendiri. 

Salah seorang dari netizen berkata, “Gadis kecil itu mesti sudah melalui banyak perkara seperti itu sehinggakan dia tidak bertindak balas kepadanya. Penderaan seksual sangat biasa di China dalam kalangan keluarga, dan ianya sering dirahsiakan kerana menganggapnya sebagai rahsia keluarga.”

Pelik-pelik manusia zaman sekarang. Keluarga sendiri pun dicabulnya. Kasihan budak tu masih kecil dan tak tau apa-apa pun lagi…

Baca: Penganggur Ditahan Kerana Mencium dan Korek Kemaluan Anak Saudara Berusia 5 dan 1 Tahun di Kuching

Capture 24