Lelaki Berjubah Acu Pisau Kepada Kanak-Kanak 7 Tahun, Larikan Beg Milik Ibu di Surau Seksyen 4

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tergamak seorang penjenayah sanggup mencemarkan kesucian rumat ibadah seperti surau dengan menyamun barangan berharga dari seorang kanak-kanak. Weii dengan budak-budak pun nak mencuri ke??

Menurut laporan Harian Metro, seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an dilihat memakai jubah dan bertopeng telah masuk ke dalam sebuah surau di Seksyen 4, Jumaat lalu dengan membawa pisau.

Sumber: Harian Metro

Suspek seterusnya mengugut mangsa yang hanya berusia tujuh tahun untuk memberikan beg milik ibu mangsa yang sedang solat Zuhur di dalam surau berkenaan. Ibu mangsa yang berusia 34 tahun walau bagaimanapun terdengar jeritan anaknya sempat melihat si penyamun memegang pisau dan melarikan beg tangan miliknya itu.

Sumber: Harian Metro

Melalui rakaman CCTV surau, wajah lelaki itu kurang kelihatan kerana mukanya ditutup dengan topeng selain dari memakai jubah. Pun begitu, tiada kecederaan dilaporkan berlaku ke atas kanak-kanak itu dan laporan polis sudah dibuat susulan kejadian berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Namun pada jam 8.30 pagi kelmarin, wanita tersebut telah mendapat panggilan dari seorang pemandu teksi berusia 57 tahun yang telah menemui beg tangannya di sebuah kawasan dekat Kelana Jaya. Beg tangan tersebut berisi kad pengenalan, MyKid anaknya, kad ATM dan kad daftar hospital. Walau bagaimanapun, tiada wang tunai ditemui. Hmm dah habis dikebasnya lah! 

Buat masa ini kes masih di dalam siasatan dan pihak polis masih memburu penjenayah tersebut.

Hati-hati ketika sedang bersolat di masjid atau surau berseorangan. Jenayah sekarang berlaku di mana-mana, walaupun dalam rumah ibadat!

Baca: Lelaki Kaburi Mata Orang Ramai Dengan Berkopiah Namun Mencuri Wang Peti Besi Masjid

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!