in

Lelaki Berang Terima Beg Berbeza Daripada Gambar Display, Syarikat Beri Alasan ‘For Illustration’

Beg Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Online shopping boleh dikatakan sudah menjadi ‘habit’ kebanyakan orang, tidak kira lelaki atau perempuan. Namun, tidak semua melalui pengalaman yang elok atau bernasib baik ketika membeli barangan secara atas talian seperti seorang individu yang dikatakan tertipu baru-baru ini.


Tular di laman Twitter, seorang pengguna kesal dengan barangan yang dibeli daripada laman web sebuah kedai yang terkemuka. Menurutnya, pada 16 November lalu, dia telah membeli sebuah beg laptop jenama HP melalui laman web itu namun beg yang diterima sebaliknya berbeza daripada gambar yang ditunjukkan.

Beg 3
sumber: twitter

Tidak berpuas hati, dia kemudian menghantar e-mel kepada pihak berkenaan namun malangnya maklum balas yang diterima tidak memuaskan.

Untuk pengetahuan, bag itu sangat laku dan mempunyai beberapa pilihan design. Gambar yang ditunjukkan di dalam iklan laman web hanyalah untuk tujuan ilustrasi dan mungkin berbeza daripada barang yang sebenar,” jawab wakil syarikat itu melalui e-mel.

Beg
sumber: twitter

Dek kerana tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, dia kemudian mengambil keputusan untuk berkongsi di Twitter tentang pengalamannya bersama gambar menunjukkan perbezaan beg yang sebenar dan gambar di laman web.

Elakkan beli barang di Harvey Norman. Mungkin anda beli peti ais tetapi yang sampai iron board dengan alasan, “The picture show in the web advertisement is for illustration only,” katanya di Twitter.

Beg 1
sumber: twitter

Bukan itu sahaja, difahamkan individu itu juga telah membuat aduan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.

Menurutnya lagi, meskipun harga beg tersebut hanya bernilai RM10, ia tidak sepatutnya dijadikan sebagai taktik untuk menipu pelanggan.

Ramai yang dicancelkan order walaupun dah bayar, ada yang hanya terima 2 beg walaupun bayar untuk 3 beg. Yang paling mengecewakan Harvey Norman berikan beg yang 100% lain dari yang diiklankan dengan alasan for illustration only

Perkongsiannya itu kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di mana ada yang bersetuju dengan apa yang dikatakannya tetapi ada juga segelintir yang tidak mengambil kisah.

Komen Beg
sumber: twitter
Komen Beg 1
sumber: twitter
Komen Beg 2
sumber: twitter

Sementara itu, netizen yang lain meminta pihak KPDNKK mengambil tindakan segera terhadap kedai berkenaan yang boleh dikategorikan sebagai kes misleading advertisement.

Diharap kedai terkemuka yang lain tidak mengambil kesempatan sebegini terhadap pengguna.

Baca: Wanita Dedah Taktik Baru Peniaga Online FB Hantar Barang COD, Paksa Penerima Bayar

Scam5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.