in

Lelaki Baling Sofa & Tong Gas Dari Tingkat 5 Lepas Geram Cuti Tak Diluluskan Bos

Feature 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memohon cuti merupakan sesuatu yang lazim berlaku dalam dunia pekerjaan.

Namun, lain pula ceritanya dengan seorang lelaki di Melaka ni. Menurut Kosmo!, seorang lelaki dilaporkan telah membaling tong gas dan sofa dari tingkat lima pangsapuri rumahnya sebab marah dengan majikannya yang tidak meluluskan permohonan cutinya.


Cuti 1

Kejadian tersebut telah berlaku di Taman Melaka Baru, Batu Berendam pada jam 1.30 pagi, Jumaat lalu.

Menurut Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad iaitu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, lelaki tersebut memohon cuti sebab nak balik kampung untuk menjenguk ayah yang sedang sakit.

Cuti 2

Dia kemudiannya bertindak sedemikian lepas dapat tahu keputusan majikan yang tidak meluluskan cutinya. Nasib baik takde sesiapa yang cedera sebab difahamkan, takde sesiapa yang berada di kawasan kejadian ketika tong gas dan sofa tersebut dibaling dari tingkat atas. Kalau tak, tak tau lah apa yang akan jadi.

Namun, barang yang dibaling dari atas telah terjatuh atas kereta penduduk yang diparkir di kawasan terbabit. Kesian jiran-jiran yang tak bersalah ni. Tak pasal-pasal kena keluarkan duit untuk baiki kereta. 

Cuti 3

Pihak polis juga mengatakan mereka telah menghantar lelaki terbabit ke Hospital Melaka sebab dia dikatakan ada sakit mental.

Harapnya perkara ni dapat diselesaikan dengan baik. 

Baca: Bos Tak Luluskan 90 Hari Cuti Bersalin? Anda Kini Boleh Saman Mereka! 

Cuti

Sumber: Kosmo!
Sumber: Kosmo!
Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.