Kecoh! Lelaki Mengamuk Kejar Polis Sambil L*bas Pis*u Pemotong Daging

Tambah ke Sumber Pilihan
Kecoh! Lelaki Mengamuk Kejar Polis Sambil L*bas Pis*u Pemotong Daging

Seorang lelaki bertindak melibas senjata tajam ke arah anggota polis serta kenderaan peronda (MPV) dalam kejadian di sebuah restoran yang terletak di Telok Mengkuang, Kuala Langat, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 3.30 petang daripada anggota MPV Sektor 4 Telok Panglima Garang.


Artikel berkaitan: Adeline Chang Buat Hal Lagi? Dipercayai Mengamuk Dengan Owner Kedai Gara-gara Lewat Ke Janji Temu

Artikel berkaitan: Peminat Mengamuk Hingga Baling Botol Dan Kerusi, Acara Lionel Messi Di India Bertukar Kecoh

Susulan dengan maklumat tersebut, polis ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Sebaik tiba di lokasi, polis mendapati seorang lelaki tempatan bertindak agresif dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging dan sebatang rotan.”

“Siasatan awal mendapati suspek telah memecahkan pelbagai barangan di sebuah restoran makanan laut di Jalan Pandan 2, Telok Mengkuang.”

 

View on Threads

 

Tambah beliau, suspek juga merosakkan 3 kenderaan milik orang awam yang berada di sekitar kawasan tersebut.

“Malah, suspek bertindak lebih ganas apabila melibaskan senjata ke arah anggota polis serta kenderaan MPV sehingga mengancam keselamatan pihak berkuasa dan orang awam. Hasil tindakan pantas dan cekap anggota di lokasi, suspek berjaya ditahan.”

Suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 353, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.”

Sebelum ini, satu video memperlihatkan seorang lelaki mengejar serta mengacu senjata tajam ke anggota polis tular di media sosial dan menimbulkan rasa cemas orang ramai.

Sumber : Sinar Harian, Threads

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kecoh! Lelaki Mengamuk Kejar Polis Sambil L*bas Pis*u Pemotong Daging
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kecoh-lelaki-mengamuk-kejar-polis-sambil-lbas-pisu-pemotong-daging/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM