in

Bos Tak Luluskan 90 Hari Cuti Bersalin? Anda Kini Boleh Saman Mereka!

Pregnant Msians Can Sue Bosses Who Dont Approve 90 Days Maternity Leave World Of Buzz 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ambil perhatian ibu-ibu hamil di Malaysia! Jikalau anda cuba diberhentikan majikan hanya kerana mengambil cuti bersalin 90 hari… anda kini boleh laporkan mereka kepada pihak bertanggungjawab!


Pregnant Msians Can Sue Bosses Who Dont Approve 90 Days Maternity Leave World Of Buzz
sumber: wob

Menurut MMO, semasa pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak telah pun mengumumkan jumlah cuti bersalin untuk sektor kerajaan dan swasta yang akan dinaikkan daripada 60 ke 90 hari. Yay! Baru lah cukup rehat lepas penat bertarung nyawa waktu beranak kan!

Walau bagaimanapun, jika bos anda tidak meluluskan cuti bersalin 90 hari tersebut, mereka sebenarnya boleh disiasat dan didakwa kerana menyalahi undang-undang. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, tindakan ini adalah sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan di mana semua orang berhak untuk mendapatkan hak sama rata termasuk dalam sektor pekerjaan.

Menurutnya lagi,

“Sungguhpun tiada klaus yang spesifik untuk majikan sektor swasta tidak menamatkan perkhidmatan seorang pekerja wanita yang mengambil cuti bersalin 90 hari, kita tetap perlu menegakkan prinsip asas yang merupakan Perlembagaan Persekutuan. Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja apabila mereka hamil; wanita-wanita ini telah banyak berjasa kepada kejayaan syarikat mereka.” 

Dia juga menegaskan bahawa pekerja wanita yang mengalami masalah yang serupa patut tampil ke hadapan dan membuat laporan supaya kementerian boleh menjalankan siasatan terhadap isu tersebut.

Cuti bersalin 90 hari yang dicadangkan akan dilaksanakan menerusi dua fasa, yang mana bahagian pertama akan diadakan sesi konsultasi dengan pemegang saham yang berkepentingan untuk mendapat maklum balas mereka.

Pregnant Msians Can Sue Bosses Who Dont Approve 90 Days Maternity Leave World Of Buzz 3
sumber: wob

Manakala fasa yang kedua pula melibatkan perubahan undang-undang yang sedia ada, termasuklah Seksyen 137 Akta Pekerjaan 1995, Seksyen 83 Ordinan Buruh Sabah Bab 67 dan Seksyen 84 Ordinan Buruh Sarawak Bab 76.

Sementara itu, Perdana Menteri juga sebelum ini pernah mencadangkan untuk memberikan pengecualian setahun bayaran cukai kepada wanita demi meringankan beban jikalau mereka menganggur lebih dari dua tahun. Hal ini kerana beliau amat menghargai wanita dan menganggap wanita sebagai tulang belakang kepada kesejahteraan keluarga dan pembangunan negara. Syukurlah! 

Kalau bos anda susah sangat nak bagi cuti 90 hari tu… anda cakap ajelah “Menteri yang kasi cuti tau!” Habis cerita! 

Baca: Lelaki Kerja 12 Jam Sehari Selama 7 Tahun Berturut-turut Tapi Tidak Dibayar OT, Saman Bos dan Terima Pampasan RM450,000

Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.