in

Awas! Jual Minyak Masak Secara Online Boleh Didenda Sehingga RM 1 Juta!

Jual Minyak Masak Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan kerjasama dengan penyedia platform e-dagang bagi membanteras penjualan barang-barang kawalan secara atas talian terutamanya minyak masak.


Menurut Pengarah Penguatkuasa, Azman Adam berkata, statistik bermula Januari hingga Isnin baru-baru ini menyaksikan bahawa 55 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh negara dan sebanyak sembilan aduan diterima sepanjang tempoh berkenaan.

Sehubungan dengan itu, tiga tindakan kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 telah dikenakan ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan kesalahan berkaitan penjualan minyak masak secara online.

668143760510592949

Menurut laporan Sinar Harian, nilai rampasan sekitar RM1,564 dan antara kesalahan yang dikesan adalah berurusniaga secara borong dan runcit barang kawalan berjadual iaitu minyak masak tanpa mempunyai lesen yang sah.

Selain itu, kesalahan lain adalah menyimpan minyak masak di tempat yang tidak dilesenkan, tambah pengarah KPDNHEP berkenaan dalam kenyataannya.

Tambahnya lagi, KPDNHEP sentiasa memantau aktiviti jualan barang kawalan terutamanya yang melibatkan platform dalam talian dan mendapat kerjasama penyedia platform dalam usaha untuk membanteras kegiatan berkenaan.

Cats 18

Hasil kerjasama mendapati 121 iklan berkaitan penjualan barang kawalan berjadual minyak masak secara online telah diturunkan pada tahun ini sehingga 19 September baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Azman turut memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan berkenaan dan mana-mana individu yang didapati bersalah akan berdepan dengan tindakan tegas, termasuk di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM 1 juta untuk individu perseorangan serta penjara sehingga tiga tahun manakala RM 3 juta, penjara atau kedua-duanya sekali bagi syarikat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyelewengan barang kawalan dan subsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui WhatsApp 019-279 4317 atau 019-848 8000.

Baca : Lelaki Aniaya Pembeli, Jual Minyak Masak Campur ‘Minyak Sembahyang’

Minyak Masak Campur Minyak Semayang

Sumber: KPDNHEP
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.