Seperti yang kita sedia maklum, pemansuhan harga siling minyak masak tulen botol kini amat memberikan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tinjauan Sinar Harian pada beberapa hari lepas menjelaskan bahawa terdapat pasaraya yang didapati mula menjual bahan masakan tersebut pada harga lebih 40 peratus berbanding harga yang sebelum ini.
Malah, ada juga peniaga yang cuba ambil kesempatan dengan mengenakan syarat kepada pembeli, perkara itu didedahkan menerusi rakaman oleh seorang pelanggan yang kini sedang tular di media sosial.
Beli barang RM 20, baru boleh beli minyak masak
Menerusi akaun Twitter ISU SEMASA VIRAL, video berdurasi seminit 20 saat itu menunjukkan seorang perakam yang dikatakan pelanggan di sebuah pasaraya merungut kerana ditetapkan syarat untuk membeli minyak masak paket.
Dalam rakaman itu, perakam menunjukkan peniaga yang seperti cuba ingin lari dan berdalih ketika disoal mengenai penetapan syaratnya. Ia adalah pelanggan harus membeli barang sebanyak RM 20 keatas jika ingin membeli minyak masak.
Bagaimanapun, dapat dilihat peniaga seolah-olah abaikan soalan pelanggan itu dan sibuk melakukan kerjanya. Oleh yang demikian, pelanggan tersebut berkeras ingin membeli minyak masak tersebut dan meletakkan 2 paket minyak masak di atas kaunter sebelum rakaman berakhir.
“Dari mana datang undang-undang ni? Saya nak minyak, saya tak kira, ni RM 20 baru boleh beli minyak masak? Mana boleh macam tu! Sekarang saya mahu minyak, saya tak kira, saya orang Malaysia.”
Memang kebanyakan kedai macam ni. jual minyak bersyarat, kena belk barang baru boleh beli minyak. pic.twitter.com/kuJ1Zuj6jM
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) July 7, 2022
Video tersebut telah mendapat perhatian netizen, ada yang meminta agar perkara ini dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan ada juga menyifatkan bahawa syarat lebih kurang sama diamalkan oleh peniaga-peniaga lain.
Hurm, janganlah gunakan kesempatan ini untuk kaut untung, kalau nak catu untuk pelanggan lain ini bukan caranya, apapun diharap dapat lah dengar respon daripada pihak peniaga untuk ketahui perkara sebenar.
Baca : Pendakwah Tegur Netizen Buat Lawak Guna Minyak Sembahyang Sebagai Minyak Masak Sebab Murah