in

Lebih 20,000 Tandatangan Petisyen Desak Menteri Langgar SOP Kuarantin Kendiri Letak Jawatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lebih 20,000 tandatangan berjaya di kumpul dalam satu petisyen yang mendesak Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali untuk meletak jawatan selepas beliau tidak mengikuti SOP kuarantin kendiri sebaik sahaja pulang ke tanah air selepas tiba dari luar negara.


Memetik portal berita Malaysiakini, petisyen yang dikeluarkan oleh Change.org itu telah mendapat 23,939 tandatangan sehingga artikel ini ditulis. Menurut petisyen itu, menteri berkenaan yang juga anggota Jawantankuasa Pusat PAS telah sengaja melanggar arahan kuarantin dan turut hadir ke Dewan Rakyat walaupun belum cukup tempoh 14 hari kurantin kendiri selepas pulang dari Turki

Perkara itu pada mulanya dibangkitkan oleh Teresa Kok, ahli Parlimen Seputeh, pada 18 Ogos lalu. Menurut wakil rakyat DAP itu, Khairuddin mengadakan lawatan ke Turki pada 3 hingga 7 Julai. Khairuddin didapati hadir di Dewan Rakyat pada 13 Julai, iaitu kurang dari 14 hari tempoh kuarantin yang ditetapkan.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali berkata tidak boleh ada sikap dua darjat dalam isu kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan wabak Covid-19.

 

Baca: “Keputusan covid negatif!” – Kecoh! Menteri Dituduh Tak Kuarantin Diri Lepas Pulang Dari Turki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.