in

“Keputusan Covid negatif!” – Kecoh! Menteri Dituduh Tak Kuarantin Diri Lepas Pulang Dari Turki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu kecoh tentang isu kluster kayangan yang tak reti kuarantin diri selepas pulang dari luar negara, semalam meletup pulak berita mengenai seorang menteri katanya tidak menjalani tempoh kuarantin wajib selepas pulang dari lawatan luar negara pada bulan lepas.


Menurut Malaysiakini, ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok semalam telah mendakwa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID 19 selepas pulang dari lawatan ke Turki. 

Kata Teresa, Mohd Khairuddin Aman Razali telah berkunjung ke Turki pada awal Julai namun tidak melakukan kuarantin wajib selepas pulang ke negara ini.

“Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi pergi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai tetapi pada 13 haribulan dia datang ke parlimen.

“Kita tahu semua orang yang berkunjung ke luar negara harus dikuarantin selama 14 hari (selepas pulang).

“Sekarang ni ada menteri kabinet tak ikut (peraturan yang ditetapkan),” katanya semasa berucap di Dewan Rakyat.

 

Keputusan COVID 19 negatif! 

Walau bagaimanapun, menerusi laporan Harian Metro hari ini, keputusan COVID 19 yang diambil ke atas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang pulang dari Turki pada 7 Julai lalu dilaporkan negatif. 

Menurut sumber, ujian tersebut diambil semasa beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mengambil masa 5 jam sebelum didapati negatif.

“Beliau ke sana pada 3 Julai lalu selepas mendapat keizinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malah Turki ketika itu adalah sebuah negara dikategorikan sebagai zon hijau.

“Isu ini akan dijawab oleh pihak menteri sendiri dalam masa terdekat,” kata sumber terbabit.

Baca: Makcik Gelang Pink Langgar Arahan Kuarantin Kena Penjara Sehari, Denda RM8,000!

Sumber: Malay Mail
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.