Lebih 12,000 Pelari Dijangka Serbu KL City Day Half Marathon, Siap Dapat Goodies Percuma Dari Milo, Red Bull & Banyak Lagi!

Tambah ke Sumber Pilihan
Lebih 12,000 Pelari Dijangka Serbu KL City Day Half Marathon, Siap Dapat Goodies Percuma Dari Milo, Red Bull & Banyak Lagi!

Acara larian ikonik Kuala Lumpur City Day Half Marathon kembali lagi untuk tahun ke-9! Kali ni, penganjur nak bagi pengalaman yang lagi menarik, lagi meriah dan pastinya mencabar. Kalau tahun lepas korang terlepas, tahun ni jangan buat silap yang sama.

Berlangsung pada 4 Mei 2025, larian ini bakal menghimpunkan lebih 12,000 pelari dari pelbagai latar belakang. Lebih menarik, pelari dari luar negara pun akan turut serta sekaligus menjadikan event ni antara yang paling happening tahun ni.

Dari Dataran Merdeka Ke Bukit Tunku – Laluan ikonik & mencabar

Img 20250419 Wa0013

Acara akan bermula dan berakhir di Dataran Merdeka, dengan berlatar belakangkan bangunan Sultan Abdul Samad yang penuh sejarah. Tapi korang jangan ingat laluan dia biasa-biasa je tau, peserta akan berlari melalui beberapa kawasan paling ikonik dalam KL termasuk Bukit Tunku yang terkenal dengan selekoh berbukit dan cabaran fizikalnya.

Kalau korang memang jenis suka uji diri, ini tempat dan masa yang sesuai. Lagi best, korang dapat lari dalam suasana kota yang sunyi dari kenderaan.

Empat kategori untuk semua – Termasuk OKU

Img 20250419 Wa0014

Acara tahun ni terbuka untuk semua peringkat umur dan latar belakang. Dari beginner sampai atlet, daripada pelari solo sampailah ke family runner. Ada empat kategori utama:

  • Half Marathon (21KM) – Terbahagi kepada Terbuka Antarabangsa & Terbuka Malaysia
  • 10KM Race
  • 5KM Fun Run
  • 3KM Fun Run

Waktu flag-off pula:

  • 21KM – 4.00 pagi
  • 10KM – 5.45 pagi
  • 5KM – 7.15 pagi
  • 3KM – 7.30 pagi

Acara ni juga inklusif untuk OKU, seiring dengan kempen “Sukan Untuk Semua” oleh kerajaan. Tak kisah umur, latar belakang atau tahap kecergasan korang, semua orang boleh join!

Goodies: Milo, Red Bull, Mamee & banyak lagi

Img 20250419 Wa0015

Setiap peserta yang berjaya tamatkan larian akan bawa balik beg cenderamata eksklusif dan bukan kosong tau! Antara penaja yang akan bagi goodies termasuklah:

  • Nestlé Milo
  • Red Bull Malaysia
  • 100PLUS
  • Mamee
  • Fruit Plus
  • Cap Kelapa Laut
  • Fitbar
  • Norigo
  • N8 Energy Gel

Penganjuran kali ini turut disokong oleh jenama-jenama besar seperti TBM Electrical Store Malaysia serta Electrolux, LG, Panasonic, Samsung, Sharp dan Philips.

Jom sertai KL City Day Half Marathon

1440X600 1741334197

Jadi kalau korang tengah fikir nak daftar… teruskan je. Badan korang mungkin ‘merungut’ masa lari nanti, tapi lepas tu confirm rasa puas hati.

Bukan je dapat peluh dan pengalaman baru, korang juga boleh bawa balik macam-macam goodies dan memori best yang takkan dapat kat tempat lain.

Daftar untuk KL City Day Half Marathon 2025 yang akan berlangsung pada 4 Mei 2025 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur di sini.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Lobak Merah Partner Content
Lagi tulisan Lobak
Lobak Merah ialah laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu viral setiap hari.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Lebih 12,000 Pelari Dijangka Serbu KL City Day Half Marathon, Siap Dapat Goodies Percuma Dari Milo, Red Bull & Banyak Lagi!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/lebih-12000-pelari-dijangka-serbu-kl-city-day-half-marathon-siap-dapat-goodies-percuma-dari-milo-red-bull-banyak-lagi/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM