in

“Laung selawat sebelum tetak” – Lelaki Dipercayai Kurang Siuman Tiba-Tiba Masuk Rumah Orang & Tetak Bertubi-Tubi

Seorang lelaki dilaporkan parah selepas ditetak bertubi-tubi oleh individu dipercayai kurang siuman di dalam rumahnya sendiri dekat Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.

Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku pada Isnin (10 Ogos) pada ja 4.30 petang dan mangsa, Khairi berusia 45 tahun itu terus dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dirawat.

Mohd Amir Rasdi, 29, anak saudara mangsa menceritakan sebelum kejadian dia ternampak lelaki berusia 20-an berjalan dari jalan utama dan membelok ke taman perumahan mereka sambil membawa bakul.

“Dia tidak berbaju dan memakai seluar pendek sambil membimbit sebuah bakul, tetapi saya yang sedang mengecat sangkar burung di hadapan rumah tidak mengendahkannya.”

Secara tiba-tiba, dia terus masuk ke dalam rumah sambil melaungkan selawat lalu mengambil parang dalam bakul dibawanya dan meluru ke arah bapa saudara yang sedang berbual bersama beberapa sepupu.”

Lelaki itu terus menetak bapa saudara yang melarikan diri ke dapur tanpa belas kasihan dan keluar tidak lama kemudian.”

Namun, selepas menetak mangsa berkali-kali lelaki tersebut dengan ‘rileks’ keluar dari rumah dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Amir dan beberapa sepupu yang lain terus ke dapur dan ternampak mangsa berlumuran darah.

Bapa saudara mengerang kesakitan sambil menyebut ‘Allahuakbar’ dan di tubuhnya terlalu banyak kesan tetakan terutama di bahagian lengan kiri.”

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata pihaknya telah menahan suspek untuk siasatan lanjut.

Baca: “Dipukul dan ditumbuk” – Penghuni Pusat Jagaan Pesakit Mental Ipoh Maut Dibelasah ‘Roommate’ Sebab Kencing Merata

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook