in

“Dipukul dan ditumbuk” – Penghuni Pusat Jagaan Pesakit Mental Ipoh Maut Dibelasah ‘Roommate’ Sebab Kencing Merata

Mental Ipoh

Seorang pesakit di sebuah pusat jagaan pesakit mental berusia 57 tahun di Tambun, Ipoh maut akibat dipukul dan ditumbuk rakan sebilik, lapor Harian Metro.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, suspek berusia 53 tahun itu berbuat sedemikian kerana marah dengan tindakan mangsa yang asyik membuang air merata-rata.

Mental1

Kejadian yang berlaku pada 8 pagi semalam disedari oleh pesakit lain di pusat jagaan tersebut sebelum memaklumkan kepada penjaga. Akibat daripada itu, mangsa mengalami kecederaan kesan lebam pada muka, mata, bawah mata dan leher mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dihantar ke hospital.

Kejadian berpunca akibat mangsa asyik terkencing dan membuang air dan perkara itu membangkitkan kemarahan suspek lalu memukul mangsa.”

Berlaku kekecohan dan rakan lain yang nampak mangsa tidak sedarkan diri terus memohon bantuan.”

Mental2

Terdapat 50 penghuni termasuk tiga wanita dan tempat ini tidak menyediakan kamera litar tertutup (CCTV).”

Mangsa mungkin tidak boleh hendak bergerak sangat membuatkan dia membuang air di merata tempat, kejadian dikatakan sudah banyak kali berlaku, suspek mungkin sudah tidak tahan dengan keadaan itu.”

Hasil siasatan di lokasi, polis mendapati terdapat kesan darah pada dinding bilik berkenaan dan pihak berkuasa kini sedang menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan selanjutnya.

Kami sedang menyemak rekod sama ada pusat jagaan ini berdaftar atau tidak.”

Suspek ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tetapi disebabkan suspek pesakit mental, dia akan menjalani pemeriksaan psikiatri bergantung kepada hasil bedah siasat.”

Baca: “Jangan bagi dia lepas” – Remaja Ipoh Mati Dipukul ‘Abang Angkat OKU’ Dengan Tukul Kerana Cemburu Ada Kekasih

Collage 53

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian