Bila dah mula kerja ni, kena lah sentiasa bersedia kalau tiba-tiba dipanggil oleh bos untuk buat kerja walaupun ketika bercuti terutamanya kalau kerja dalam bidang kecemasan.
Buat seorang lelaki di Filipina ini pula, dia memutuskan untuk membawa bantal yang ada gambar muka isterinya ketika bercuti apabila pasangannya itu tiba-tiba di saat akhir ada pekerjaan yang harus diselesaikan di pejabat.
https://www.facebook.com/mondfortunado/posts/5615857308438941
Lelaki yang dikenali sebagai Raymond Tan Fortunado itu kemudiannya memutuskan untuk tetap meneruskan percutiannya ke Coron, Palawan, Filipina kerana semuanya telah ditempah namun tetap bawa bersama ‘isterinya’. Takut rindu la tu!
https://www.facebook.com/mondfortunado/posts/pfbid02rGU24kED6riHJpQoeK4agSAk2WP7sZ4VUycumHK6dRvDydjA1BUsrNFi3Q76djW5l
Foto-foto percutian lelaki itu dan ‘isterinya’ itu menjadi tular di media sosial baru-baru ini setelah dikongsikan oleh Raymond di akaun Facebooknya.
Yang kelakarnya, gambar yang dia pilih untuk dijadikan hiasan pada bantal tu pula ialah foto wanita itu buat muka comel iaitu gaya duck face.
Dapat dilihat dalam perkongsian gambar-gambar itu dia tidak lupa untuk membawa bantal itu ke mana-mana sahaja. Pergi makan dan berkayak pun tetap ada bantal tu!
Difahamkan, Raymond bercuti bersama rakannya sebagai ganti.
Ramai netizen Filipina yang memuji dan terhibur dengan gelagat lelaki ini yang sweet dan romantik.
Tapi waktu malam ni boleh buat orang terkejut jugak kalau ternampak dari jauh sebab ada kepala je, dah la gambar tu pun HD betul.
Sumber: Facebook Raymond Tan Fortunado
Baca: “Huntunglah!”- [VIDEO] Netizen ‘Cemburu’ Wanita Disolek Suami Sendiri Untuk Majlis Kahwin