in

“Tenang betul!” – [VIDEO] Ramai Puji Dato’ Aliff Syukri Pandai ‘Handle’ Anak Kena Sengat Obor-Obor

Page Aliff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam dah lama je kita tak dengar apa-apa update pasal usahawan terlajak laris, Dato’ Aliff Syukri ni kan?


Sejak tahun lepas Dato’ Aliff sendiri membuat kenyataan bahawa dia tidak mahu lagi terpalit dengan kontroversi yang boleh merosakkan reputasinya. Tambah pula dengan usianya yang semakin meningkat.

Baru-baru ini juga, Dato’ Aliff telah memuatnaik satu video lama percutiannya bersama keluarga. Walaupun ianya video lama, telah berlaku satu insiden mengejutkan terhadap anak ketiganya iaitu Ibraheem Adham atau lebih dikenali sebagai Baim yang menjadi tumpuan orang ramai.

@abgterlajaklaris

Korang tahu tak benda apa ni komen kejap

♬ bunyi asal – Aliffsyukriterlajaklaris – Aliffsyukriterlajaklaris

Perkongsian itu dimuatnaik oleh Dato’ Aliff sendiri menerusi akaun TikToknya iaitu @abgterjalaklaris. Kelihatan dalam video tersebut, Baim menangis teresak-esak sambil dikelilingi orang ramai kerana dipercayai tangannya telah terkena sengatan obor-obor.

“Anak siapa ni?”

Ekoran itu, petugas di pulau tersebut bertindak dengan menyapukan cuka di bahagian jari Baim yang terkena sengatan obor-obor. Dek kerana terlampau takut, kata-kata Baim ni buat orang tergelak!

“Benda ni (sengatan) racun ke abah? Boleh matikan orang ke?” – Ujar Baim sambil menangis

Namun, apa yang buat orang ramai ‘tepuk dahi’ adalah respon dari Dato’ Aliff yang bersahaja sampaikan netizen memuji ketenangannya ketika menguruskan anaknya walaupun agak cemas ketika itu.

“Takdelah, dia boleh putuskan tangan je… Nanti tangan Baim dah takde dah” – Jawab Dato’ Aliff

Tiktok Full 2

Mungkin ini cara Dato’ Aliff untuk tenangkan anaknya yang beranggapan bahawa sengatan obor-obor itu boleh menyebabkan kematian kepada seseorang namun jika dilihatkan keadaan anaknya, ianya tidak terlalu serius.

Apa-apa pun, min memang respect cara Dato’ Aliff ni cuba tenangkan Baim! Siap minta untuk explain macam mana boleh terkena sengatan…

Baca: “Dah sihat ko post nazak” – Bonda Rozita ‘Sound’ Anak, Aliff Syukri Sebenarnya Dah Pulih Dari COVID 19?

Untitled 3 5

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.