Hari dan majlis perkahwinan merupakan salah satu peristiwa yang kita tidak akan lupakan dan buat kebanyakan orang, ia merupakan sesuatu yang berlaku sekali sahaja seumur hidup.
Pastinya, semua orang mahukan majlis tersebut berjalan lancar dan pada masa yang sama diingati sehingga ke hari tua. Gitu!
Seorang wanita yang baru bergelar seorang isteri berkongsi sebuah video yang membuatkan ramai netizen lain berasa sedikit ‘cemburu’.
@aweennn__ Thank you cantikkan saya time majlis bertandang 🤍
“Thank you cantikkan saya time majlis bertandang”
Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dengan nama @aweennn__ itu menunjukkan bagaimana dia disolek oleh suaminya sendiri dan dia kelihatan sangat cantik!
Difahamkan, suaminya itu memang seorang makeup artist (MUA) sebelum mereka saling berkenalan lagi, mereka telah mula bercinta pada tahun 2017 dan bernikah pada tahun ini.
“Kalau bakal husband saya tak jadi majlis bertandang, jadi majlis Halloween”
Rata-rata netizen turut tumpang gembira dengan pasangan mempelai itu dan tidak kurang juga yang mengeluarkan gurauan yang sangat menghiburkan!
Setakat ini, video tersebut mengaut lebih 180K tontonan, lebih 26k likes serta 200 komen. Comel betul!
Aduh, kena cari bakal suami pandai make up juga ni!
Baca: [VIDEO] “Ni kawin ke expo ni” – Tak Nak Kalah, Majlis Kahwin Ni Ada 19 Buah Khemah