in

“Ingatkan palsu” – Lelaki Cedera Dibaham Lepas Cuba Bergambar Dengan ‘Patung’, Rupanya Memang Buaya Betul

F1 Aligator Di Filipina E1662183552154

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Taman tema haiwan dengan pelbagai jenis permainan menarik sememangnya menjadi pilihan ramai untuk beriadah dan meluangkan masa bersama anak-anak sebab selalunya taman macam ni kids-friendly kan.


Namun, aktiviti jalan-jalan sebuah keluarga ini pula nampaknya bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang daripada mereka cedera digigit buaya, lapor Mail Online.

Dikenali sebagai Nehemias Chipada, dia telah ke sebuah taman tema Amaya View di Filipina bersama keluarganya baru-baru ini bersempena hari lahirnya. Dia dikatakan telah turun ke sebuah kolam untuk bergambar dengan buaya yang disangkanya hanyalah buaya palsu.

Aligatorrrr 2

Rupa-rupanya, buaya tersebut ialah buaya sebenar dan lelaki yang berusia 68 tahun itu cedera di lengan akibat digigit oleh sang buaya yang bersaiz 12 kaki terbabit.

Nasibnya baik kerana dia berjaya melepaskan diri daripada dibaham haiwan terbabit dan dia terus dikejarkan ke hospital untuk dirawat.

Aligatorrrrr 3

Susulan kejadian tersebut, keluarga mangsa mengatakan taman tema tersebut tidak meletakkan papan tanda bahawa kawasan itu tidak boleh diakses oleh pengunjung.

Menurut anak mangsa, mereka sekeluarga sudah tentu tidak akan memasuki kawasan dengan haiwan bahaya itu jika ada papan tanda amaran.

Pihak pengurusan taman tema itu pula menafikan bahawa mereka cuai dalam mengendalikan buaya terbabit. Walau bagaimanapun, mereka mengatakan pihak mereka akan menanggung kos rawatan dan perubatan Nehemias.

Yang anehnya juga, pihak pengurusan turut mengatakan sebenarnya ada banyak papan tanda dan peringatan daripada pemandu pelancong agar pelawat menjauhkan diri daripada kawasan itu.

Mana satu yang betul, tu masih belum dapat dipastikan namun yang penting, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan masalah itu dengan baik.

Boleh tengok video YouTube ini untuk faham dengan lebih lanjut tentang kejadian ini.

Sama-sama kita ambil iktibar daripada kejadian ni, perhatikan kesemua papan tanda dan haiwan-haiwan di zoo atau taman tema untuk keselamatan. 

Sumber: Mail Online

Baca: [VIDEO] Lelaki Bagi Tips, Cara Nak Pastikan ‘Port’ Memancing Selamat Dari Haiwan Pemangsa 

Aligator 1

Sumber: Mail Online
Sumber: Mail Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.