Selepas sah bercerai dan rujuk semula kira-kira dua bulan lepas, semalam agak kecoh di media sosial bila Eilyas Azhar (Yas) telah ceraikan pelakon Zarina Anjoulie (Anju) sekali lagi melalui IG Story miliknya.
Aku ceraikan Zarina Anjoulie dengan talak 1 sekarang.”
“Aku bukan sugar mummy kau”
Selepas Yas memuat naik, lafaz cerai tersebut, Anju turut memberikan kenyataan mengesahkan perkara tersebut dan minta semula barang-barang yang pernah dia berikan kepada suaminya itu sebelum ini.
“Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah cerai… Yes betul kami dah cerai. Tq.
Takpe lah bro, semua duit aku kasi kau aku halal kan… Tapi aku nak phone aku balik dengan beg Gucci aku ye… Sebab kau kena faham aku bukan sugar mummy kau…”
“Kalau kau ada telur aku nak kau buat ye…”
Selepas beberapa pergaduhan mengenai beg dan telefon bimbit, Anju turut mencabar Yas untuk ceraikannya dengan talak tiga.
Untuk pengetahuan korang, Anju telah berkahwin dengan Yas pada 17 Julai tahun lalu selepas empat tahun bergelar ibu tunggal kepada anak lelakinya, Awangku Gabriel Martin Ezra.
Apa-apa pun, harapnya Anju dan Yas dapat selesaikan perkara ini secara baik…
Baca: Cerai Balik Lepas 2 Bulan Rujuk, Suami Zarina Anjoulie ‘Lepas Geram’ Siap Nak Bakar Beg Gucci?