in

Lari Lepas Berjaya Bida Barang Lelongan Sajat, Ramai Syak Pembida PA Aliff Syukri?

Pa Datuk Aliff Pembida Barang Sajat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial semalam, pembida yang berjaya membida barang lelongan milik usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dikatakan telah melarikan diri selepas gagal membuat bayaran sebanyak RM132,000.


Rata-rata netizen tertanya-tanya siapakah pembida bernama Mohammmad Syazwan Ahmad Fiesol yang menghilangkan diri itu sehingga ada yang membuat ‘penyiasatan’ sendiri.

 

Pembida rupanya rakan Aliff Syukri? 

Menurut mStar, peguam Nurul Hafidzah Hassan mendapati individu tersebut gagal tampil membuat pembayaran kira-kira hingga jam pukul 4 petang semalam.

Nurul Hafidzah juga berkata, dia difahamkan pembida tersebut didakwa mempunyai kaitan dengan rakan baik Sajat iaitu, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang juga seorang jutawan kosmetik.

Aliff

Dia juga mendapati gambar Aliff ada di dalam profil WhatsApp milik pembida tersebut juga.

Malah hasil semakan netizen sendiri, gambar Mohammad Syazwan yang didakwa PA kepada jutawan itu juga sering muncul di Instagram Aliff Syukri. Uish! 

Aliff Bida

 

“Tak pasti jika lelaki itu disuruh oleh Aliff” 

Nurul Hafidzah yang juga peguam mewakili Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Husin, 32, dari OWA Resources yang juga bekas stokis utama perniagaan bengkung milik Sajat enggan buat spekulasi isu tersebut ada kaitan dengan Aliff Syukri.

Saya tak kenal dia (pembida) tapi profil WhatsApp memaparkan fotonya bergambar bersama Aliff Syukri dan ada kenalan saya memberitahu lelaki itu ada kaitan dengan ushawan itu. 

“Tapi saya tak pasti jika lelaki itu disuruh oleh Aliff atau sebagainya, kami hanya membuat spekulasi… tak pasti betul atau tidak,” katanya ketika dihubungi.

Peguam

Peguam berkenaan juga berkata, tindakan pembida itu seolah-olah melakukan satu penghinaan kepada mahkamah apabila melarikan diri selepas berjaya membuat pembidaan.

“Kita penat sebab dah kejar beberapa tahun untuk mendapatkan pampasan ini, banyak perbincangan dengan pelbagai permohonan dan sekarang buat macam ni pula, memang pening kepala. 

“Tapi kita tak tahulah tindakan ini berniat atau tidak, cuma kita terkilan sebab dah buat semuanya, sekarang ni terpaksa tunggu tarikh bidaan baru pula,” katanya.

 

“Saya tak nak komen isu ini!” 

Dalam pada itu, Aliff Syukri ketika dihubungi portal berita berkata dia enggan mengulas mengenai hal tersebut kerana ia membabitkan banyak pihak.

Saya tak nak komen isu ini! Saya tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan kerana menghormati semua orang. 

“Ya saya sebagai kawan dia tapi saya tak nak masuk campur apa-apa kontroversi, saya nak bertenang,” katanya.

Menerusi update di media sosial, Aliff Syukri, keluarganya dan ‘pembida’ berkenaan juga dilihat sedang bersiap-siap untuk berlepas ke Turki semalam.

Turki

Apa-apapun diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan pihak yang terbabit dapat memberi kerjasama yang sepatutnya berhubung isu ini. 

Baca: Pembida ‘Harta Lelong’ Sajat Tiba-tiba Hilangkan Diri Masa Nak Keluar Ambil Duit RM 132K

Ft Pembida Hilangkan Diri

 

Sumber: Instagram
Sumber: Facebook
Sumber: mStar
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.