in

“Lari dengan bestie!” – Ini Apa Yang Menarik Di guardian KL Women Running Festival 2026, Siap Ada ‘Finisher Necklace’

Collage 15

Kalau selama ni korang teringin nak join running event tapi rasa intimidated tengok orang lain semua macam pro, mungkin ini event yang korang tunggu-tunggu.

Buat pertama kalinya, guardian KL Women Running Festival 2026 (KLWRF) bakal berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2026, membawa konsep larian khas untuk wanita yang bukan sekadar mengejar siapa paling laju sampai ke garisan penamat.

Sebaliknya, KLWRF diwujudkan sebagai ruang untuk wanita bergerak, luangkan masa bersama kawan-kawan dan meraikan diri sendiri dalam suasana yang lebih santai dan menyeronokkan.

Tak kisahlah korang memang kaki running, baru nak mula aktif ataupun jenis yang nak datang dengan geng untuk jalan dan enjoy suasana, semua dialu-alukan.

Bukan sekadar larian, tapi celebration untuk wanita

683648320 122126048877193887 2743781689682293666 N

Apa yang membezakan KLWRF dengan kebanyakan acara larian lain adalah fokusnya terhadap wellness, friendship dan community.

KLWRF mengetengahkan semangat girl power dengan mewujudkan persekitaran yang lebih mesra untuk wanita daripada pelbagai peringkat umur dan tahap kecergasan.

Maksudnya, tak perlu rasa tertekan nak kejar personal best atau risau kalau pace korang tak sama macam orang lain. Nak berlari boleh, nak berjoging boleh, malah kalau nak berjalan sambil enjoy dengan kawan-kawan pun tak ada masalah.

Pendek kata, matlamatnya adalah untuk menggalakkan lebih banyak wanita bergerak dan aktif dengan cara yang mereka selesa.

Lebih istimewa, KL Women Running Festival 2026 merupakan edisi pertama acara ini dan dirancang untuk diteruskan sebagai acara tahunan.

Pilih 5KM, 10KM atau 15KM ikut kemampuan korang

684410446 122126049363193887 9196686871633894339 N

Untuk edisi pertamanya, KLWRF menawarkan tiga kategori iaitu 5KM, 10KM dan 15KM, jadi peserta boleh memilih jarak mengikut tahap kecergasan dan kemampuan masing-masing.

Ketiga-tiga kategori dibuka kepada peserta berumur 16 tahun dan ke atas, dengan jumlah penyertaan keseluruhan dihadkan kepada 8,000 orang sahaja.

Selain itu, setiap peserta turut menerima event tee KLWRF sebagai sebahagian daripada race pack dan race bib.

683546072 122126048937193887 2439535957470269412 N

686169304 122126049003193887 3941535821727967372 N

Pendaftaran dibuka sehingga 20 September 2026 atau lebih awal sekiranya kesemua 8,000 slot habis terjual.

Medal biasa? Kali ni korang dapat finisher necklace!

742301214 122135254143193887 1247003282287106731 N

Antara tarikan paling menarik KLWRF tahun ini mestilah finisher entitlement mereka.

Daripada memberikan medal konvensional yang biasanya diterima selepas tamat larian, KLWRF tampil dengan sesuatu yang sedikit berbeza iaitu finisher necklace.

741373622 122135254353193887 2790911183278018435 N

Jadi, ia bukan sekadar sesuatu untuk disimpan bersama koleksi medal larian korang, tetapi direka sebagai kenangan yang boleh dipakai selepas acara berakhir.

Peserta yang berjaya menamatkan jarak masing-masing dalam tempoh masa yang ditetapkan akan menerima finisher necklace tersebut. Selain itu, peserta juga boleh memuat turun e-certificate selepas acara.

Memang boleh jadi satu lagi motivasi untuk korang sampai ke garisan penamat!

Official merch pun ada, boleh match dengan geng!

685095731 122126049243193887 6538924332583367815 N

Kalau korang jenis suka kumpul merchandise daripada event yang pernah disertai, KLWRF turut menyediakan koleksi official merchandise khas untuk korang. Memang ngam kalau nak pakai dan match dengan bestie masa race day nanti.

Untuk merchandise pula, korang tak perlu risau nak angkut asing kerana ia boleh diambil atau dihantar bersama race kit.

Dah habis lari, jangan terus balik sebab Race Village pun meriah

Walaupun acara larian KLWRF dikhaskan untuk wanita, Race Village pula dibuka kepada orang ramai.

Jadi, family, pasangan atau kawan-kawan yang datang memberikan sokongan pun boleh turut menikmati suasana festival.

Sesuai dengan konsepnya sebagai running festival, Race Village bukan sekadar kawasan untuk peserta berehat selepas tamat larian. Pelbagai aktiviti berkonsepkan kecergasan, wellness dan lifestyle turut dirancang untuk memeriahkan suasana.

Antaranya termasuk pre-run warm-up, yoga, dance fitness, Zumba, live entertainment dan muzik, selain wellness, beauty dan lifestyle booths.

Malah, akan ada juga beberapa Instagram-worthy photo zones untuk korang bergambar dengan geng selepas berjaya habiskan larian.

Maklumat mengenai aktiviti dan pengisian tambahan lain di Race Village akan diumumkan kemudian.

Flag Off

Nak join dengan geng? Pendaftaran dah dibuka!

费用2

Dengan konsep yang lebih santai dan inklusif, KL Women Running Festival 2026 bukan hanya ditujukan kepada mereka yang memang aktif menyertai acara larian.

Ia juga boleh menjadi peluang untuk korang yang baru nak mula aktif, nak cuba larian pertama ataupun sekadar mencari aktiviti sihat untuk dilakukan bersama kawan-kawan.

Apa yang penting, korang bergerak, enjoy dan sampai ke garisan penamat dengan cara sendiri.

guardian KL Women Running Festival 2026

  • Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
  • Tarikh: 18 Oktober 2026 (Ahad)
  • Kategori: 5KM | 10KM | 15KM
  • Penyertaan: Khas untuk wanita (Race Village dibuka kepada orang ramai)
  • Pendaftaran: Daftar di sini

Jadi, kalau korang dah lama plan nak mula running dengan bestie, bolehlah jadikan 18 Oktober ni sebagai hari untuk korang sama-sama turun padang dan enjoy Girl Power di tengah-tengah KL!

Untuk info dan perkembangan terkini mengenai guardian KL Women Running Festival 2026, korang boleh follow: Website rasmi, Facebook & Instagram mereka.