in

“Lapar sangat ke?” – Wanita Tergamak Bakar Bilik Ayah Sebab Tak Cukup Makanan Dalam Rumah

Bakar Rumah Sebab Lapar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita muda tergamak memulakan kebakaran di bilik tidur bapanya sendiri selepas bengang tidak cukup makanan di dalam rumahnya.



Foodpantry
Gambar hiasan

Daily Star melaporkan, suspek yang dikenal pasti sebagai Farha Bushra, 20, tinggal di Willingham, Cambridgeshire telah menelefon bapanya yang sedang bekerja untuk mengadu tentang kekurangan makanan di rumah.

Farha kemudiannya meminta bapanya untuk pergi membeli makanan namun, bapanya pula menyruhnya pergi membeli makanan sendiri susulan dia masih di tempat kerja. Farha kemudiannya mengugut akan membakar rumah mereka.

Beberapa minit kemudian, bapa Farha menerima panggilan telefon sekali lagi daripada anaknya itu yang mendedahkan api di rumah mereka sudah tidak terkawal.

0 Farha Bushra Fire 3 E1634962451395

Pun begitu, api berjaya dipadamkan oleh bomba. Namun, mereka tidak berjaya mengelakkan api berkenaan daripada mengakibatkan kerosakan serius pada beberapa bahagian rumah dua beranak itu.

1 Rlr Tem 221021 Fire 02Jpg E1634962938683

Farha kemudiannya mengaku memulakan kebakaran terbabit dengan membakar tisu di dalam kotak kadbod. Tertuduh akhirnya diberikan hukuman 18 bulan menjalankan perkhidmatan komuniti oleh Cambridge Crown Court. Selain perlu menghadiri 40 hari kelas pemulihan akhlak, Farha turut dikenakan denda berjumlah £1,000 (RM5,710.40).

 

Sumber: Daily Star

Baca: “Tak mampu nak beli” – Remaja 17 Tahun Bakar Rumah Lepas Hasrat Nak Motosikal Tak Ditunaikan Bapa

Feature Image 3 E1634960979791

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.