in

“Tak mampu nak beli” – Remaja 17 Tahun Bakar Rumah Lepas Hasrat Nak Motosikal Tak Ditunaikan Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun keperluan anak perlu ditunaikan oleh ibu bapa, namun sebagai anak, kita kena tengok juga sama ada keadaan kewangan mak ayah mengizinkan ataupun tidak. Kadang-kadang tu, walaupun mampu, ada juga sesetengah ibu bapa yang tak beli apa yang kita nak sebab dorang nak kita belajar simpan duit sendiri.


Namun, lain pula ceritanya dengan seorang remaja di Indonesia ni. Remaja yang hanya dikenali sebagai AR ini dikatakan telah membakar rumah ibu bapanya sebab kecewa kemahuannya untuk memiliki motosikal tidak ditunaikan, lapor Tribun Jogja. Macam ni pun ada eh. 

Kejadian tersebut telah berlaku di Kulon Progo, Jogjakarta. Difahamkan, ibu bapa remaja terbabit bukannya sengaja tak nak belikan motor, namun mereka sememangnya tak mampu untuk menunaikan hasratnya itu. Kesian betul dengan mak ayah dia, tergamak dia buat macam ni. 

Insiden kebakaran rumah ini hanya diketahui oleh ibu bapanya setelah mereka balik dari dusun dan mereka tengok pintu depan rumah dah terbakar. Nasib baik api belum merebak ke seluruh rumah, kalau tak, apalah nasib keluarga ni. 

Bapa kepada remaja tersebut mengesyaki kejadian itu disengajakan oleh anak lelaki mereka sebab tak dapat motosikal sendiri. Menurut pihak polis, ayahnya sendiri yang membuat laporan polis.

Difahamkan, remaja lelaki tersebut mengambil peluang waktu ketiadaan ibu dan ayahnya di rumah untuk membakar rumah dengan menyalakan api menggunakan daun kelapa di dapur.

Nasib baik tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Keluarga terbabit pula mengalami kerugian sebanyak Rp500 ribu (RM143) akibat kerosakan pintu.

Adik-adik kat luar sana jangan lah buat macam ni dekat parents korang. Kesian dorang kerja penat-penat nak bayar yuran sekolah kita. 

Baca: “Something is wrong dengan budak-budak ni” – Baru Umur 10& 11 Tahun, Dua Beradik ‘Buat Gila’ Bakar 23 Buah Rumah Ditahan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.