in

“Lajuu nak kemana weh”- [VIDEO] Sedih! Wanita Baru Lepas Pantang Maut Dilanggar Di Federal Highway

Fi Langgar

Semakin hari, makin banyak kemalangan jalan raya yang berlaku dan kita dengari. Paling teruk jika kemalangan tu melibatkan kemalangan jiwa.

Kadangkala, kemalangan yang berlaku itu juga bukan berpunca dari mangsa itu, tapi dari pengguna jalan raya yang lain.

 

Dihentam dari belakang

Baru-baru ini telah tular di Twitter tentang sebuah kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Federal Highway.

Selain itu juga, mangsa ialah seorang ibu muda berusia 33 tahun menurut Kosmo.

Wanita tersebut yang memandu kenderaan jenis Perodua Axia dipercayai dilanggar oleh pemandu menaiki Perodua Bezza yang menyusup laju dari lorong kanan ke tengah.

 

Menurut Ketua Polis Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 petang.

Turut dipercayai kejadian berlaku selepas pemandu Perodua Bezza bertukar ke lorong tengah dengan laju sebelum merempuh belakang kenderaan wanita tersebut.

“Sewaktu kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, kereta jenis Perodua Axia yang dipandu oleh seorang wanita berusia 33 tahun di lorong tengah telah dirempuh dari belakang oleh kereta Perodua Bezza yang datang dari lorong paling kanan.

“Pemandu Perodua Bezza yang secara tiba-tiba bertukar lorong ke kiri dalam keadaan laju telah merempuh bahagian belakang kereta wanita berkenaan mengakibatkan ia hilang kawalan dan terbalik,” katanya

 

Mangsa baru habis pantang

Namun, apa yang menyedihkan bahawa mangsa yang dikenali sebagai Nurul Syazwani Saudi baru sahaja mula bekerja selepas 3 bulan cuti kerana berpantang anak keduanya.

Dia yang cedera parah telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia. Tetapi, suspek yang melanggar tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kira-kira pukul 3.35 petang hari yang sama, kami telah dimaklumkan oleh pihak PPUM bahawa mangsa yang parah disahkan telah meninggal dunia namun lelaki yang memandu kereta Perodua Bezza itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

https://www.facebook.com/zuraidal/posts/10208725227764359?_rdc=1&_rdr

Kecik comel lagi anak dia hmmmm.

 

Pemandu Bezza serah diri

Difahamkan, pelaku tersebut tidak melarikan diri selain telah menyerah diri di Balai Polis Petaling Jaya.

Menurut perkembangan terbaru, pemandu Bezza tersebut telah menyerah diri di Balai Polis Petaling Jaya.

Selain itu, hasil ujian terhadapnya menunjukkan bahawa dia negatif daripada bahan terlarang.

Langgar 1

Sama-sama kita doakan semoga roh mangsa dicucuri rahmat.

Sumber : Twitter, Facebook, Kosmo

 

Baca : Ibu & Kakak Maut Kemalangan Kereta Terjunam Dalam Tasik, MUA Luah Rasa Sedih Bapa Sakit Pelupa Asyik Tanya Siapa Meninggal.

Foot Langgar

Sumber: Twitter