in

Ibu & Kakak Maut Kemalangan Kereta Terjunam Dalam Tasik, MUA Luah Rasa Sedih Bapa Sakit Pelupa Asyik Tanya ‘Siapa Meninggal’

Syahid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seorang wanita warga emas dan anak perempuannya telah dilaporkan lemas selepas kereta dinaiki mereka, Proton Persona terjunam ke dalam tasik di Tasik Lake Resort di Serdang, Bandar Baharu, Alor Setar.


Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu Deputi Superintendan Mohd Akmal Hizam Abd Khupur berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 6.30 petang dan mangsa dikenali sebagai Hasmah Mat Isa, 69 dan anaknya, Noraiza Hashim, 28.

Metro 1

“Siasatan awal mendapati, kereta itu berada di kawasan parkir tasik berkenaan sebelum pemandunya dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu bergerak ke depan lalu meluncur masuk ke dalam tasik.

“Kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap di dalam kenderaan sebelum lemas,” katanya.

Menerusi operasi mencari dan menyelamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Serdang, Selama dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Sungai Petani, mayat Hasmah dibawa keluar pada jam 8.40 malam dan anaknya pula pada 8.59 malam.

 

“Allahuu tak kuat tengok abah macam ni” – Jurusolek 

Dalam pada itu, tular IG story seorang jurusolek terkenal, Haney Nieza di Facebook yang memberitahu, kemalangan tersebut melibatkan ibu dan kakaknya.

Apa yang lebih menyedihkan, bapa Haney menghidap penyakit pelupa menyebabkan dia sering bertanya siapa yang meninggal dunia walaupun sudah diberitahu oleh jurusolek tersebut akan keadaan ibu dan kakaknya itu. Aduhai… 

163863086 2990109921226473 3157060777253629382 N

163285316 2990109981226467 1646240656218925978 O

163195253 2990110041226461 3363367924964533580 O

Dalam pada itu, siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut sedang dijalankan dan mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

Semoga keluarga mangsa bertabah dengan dugaan yang menimpa. Al fatihah… 

Baca: “Kuat menolong orang kampung” – Remaja Harungi Banjir di Kampung Dipercayai Lemas Lepas Terjatuh Dari Perahu

Baik

Sumber: Harian Metro
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.