in

“Lain macam ni” – Pengutip Sampah Bawa Barang Buangan Penuh Atas Motor Sampai Ganggu Jalan

Sampah 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lain orang, lain cara mereka mencari rezeki. Tak dapat dinafikan, ramai orang zaman sekarang terpaksa melakukan apa jua kerja demi mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan.


Tular di X satu hantaran menunjukkan sebuah kenderaan membawa barang buangan yang dikutip di tepi jalan. Walaupun kerja mengutip sampah itu tidak salah tetapi ia telah mengganggu keselamatan orang lain.

Motosikal 1 1
Sumber: x

Sampah penuh atas kenderaan

Dalam hantaran berkenaan, kenderaan itu sedang mamarkir di hadapan sebuah kedai serbaneka. Mungkin penunggangnya sedang mengutip sampah yang dibuang di sekitar tempat tersebut.

Rupa kenderaan tersebut adalah seperti motosikal roda tiga dan barang buangan yang telah dikutip dijadikan seperti binaan pada kenderaan itu. Contohnya, besi, kotak, tong sampah, plastik sampah termasuklah kotak telur.

Artikel berkaitan: Hidup Dalam Flat Kotor Penuh Sampah & Najis, Dua Beranak Dibela JKM

Artikel berkaitan: “Kata nature lover” – Pelajar UPM Kongsi Keadaan ‘Blue Lagoon’ Dipenuhi Sampah

Walaupun struktur binaan tersebut nampak kukuh, ia masih membahayakan penunggang motosikal itu kerana penglihatannya di jalan raya telah terhalang.

Kenderaan lain pula kena berhati-hati

Video dalam hantaran yang sama pula memaparkan penunggang motosikal roda tiga itu mahu masuk ke jalan raya. Disebabkan motosikalnya dipenuhi sampah, lampu isyarat kenderaan itu tidak dapat dilihat oleh kenderaan lain.

Oleh itu, sebuah kereta yang menghampiri motosikal itu perlu berhati-hati bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku pada ketika itu. Difahamkan, situasi itu berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan pihak berkuasa digesa untuk memantau kawasan tersebut.

Sumber:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.