Umum sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah masuk ke fasa ke-2. Segala aktiviti yang melibatkan ramai orang adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Antara aktiviti yang melibatkan ramai orang adalah, konvokesyen. Konvo memanga tak boleh buat apa dah, memang kena batal. Tapi lagi sikit dengan satu universiti kat Jepun yang admin nak share kali ni. Menerusi akaun Twitter milik @aku_orang_apa beberapa keping gambar yang menunjukkan satu majlis konvokesyen guna video call di Jepun. Cuba korang tengok sendiri tweet tu kat bawah ni.
Lain macam betul konvo macam ni
Memang lain macam betul pemikiran orang Jepun ni. Tapi bagus juga sebab tak libatkan ramai orang. Student pun tak payah datang. Yang penting semua selamat.
Hadoi kalau tiba-tiba line teruk memang terus gagal lah. Kalau reconnecting sampai ke sudah tu pun problem gak. Habis bateri pun naya weh.
Haa.. jimat duit beli makeup. Tak payah pakai makeup, guna je filter sedia ada. Tapi jangan pakai filter kucing ke, arnab pulak, kenalah profesional.
Kalau korang ingat balik scene cerita Spongebob, isteri Plankton tu komputer je kan. Haa finally dia lulus dengan jayanya. Boleh lah dia tolong Plankton curi resepi Krabby Patty.