in

Lagi Pusat Beli Belah Ditutup Akibat Covid-19, Kali Ini SOGO

1Sogo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebanyak 869 kes baharu Covid-19 di Malaysia yang dicatatkan semalam dan telah mencipta rekod baharu menjadi kes harian tertinggi sepanjang pandemik ini melanda kita. Dalam pada itu, banyak pusat-pusat beli-belah yang tinggi risiko penyebaran virus ini ditutup sementara bagi kerja-kerja sanitasi.

Baru-baru ini, sebahagian dari sebuah pusat beli-belah yang iconic di ibu negara, SOGO, terpaksa ditutup. Penutup yang hanya melibatkan tingkat ketujuh mall berkenaan berkuat-kuasa serta merta selepas salah seorang kakitangan tenant didapati positif Covid-19. Perkara tersebut telah disahkan oleh pihak pengurusan SOGO. Korang boleh baca tweet @redzuanNewsMPB kat bawah ni.


Screenshot 2020 10 18 At 11.21.59 Am Screenshot 2020 10 18 At 11.22.13 Am Screenshot 2020 10 18 At 11.22.26 AmScreenshot 2020 10 18 At 11.36.05 Am

Pihak pengurusan SOGO telah menutup sementara kedai yang terlibat dan kerja-kerja sanitasi sedang giat dijalankan. Dalam masa yang sama, pekerja lain di kedai terbabit diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri dan contact tracing juga sedang dilakukan melalui daftar masuk QR.

Untuk maklumat lebih lanjut dan perkembangan terkini mengenai status pusat beli-belah ini, korang boleh check kat Facebook SOGO Malaysia.

 

Baca: Pesakit COVID-19 Turut Berisiko Alami Gangguan Pendengaran Seumur Hidup?

Untitled Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.