in

“Lagi-lagi time ringgit tengah lemah” – Ini Antara 5 Negara Termurah Yang Korang Boleh Pergi Untuk Bercuti

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak bercuti ke luar negara ni memang memerlukan budget yang agak besar, jadi kebanyakan orang lebih memilih untuk bercuti di dalam negara sahaja. Tapi kadang-kadang kita nak jugalah merasa pengalaman di negara orang kan?


Nak bercuti ke luar negara tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak memang tak mustahil tau sebenarnya. Tapi pada masa yang sama, korang kenalah juga berkorban dan pilih hotel yang kurang dari tiga bintang, makan makanan termpatan dan banyakkan berjalan dari naik teksi.

Jadi, pada artikel kali ini, kita akan kongsikan beberapa negara yang korang boleh lawati tanpa perlu rabakkan poket korang. Jom tengok, mana tahu salah satu destinasi dekat bawah ni boleh jadi tempat percutian korang tahun depan!

1. Hanoi, Vietnam

Dan07484.Jpg

Hanoi merupakan ibu negara Vietnam. Jadi bila korang datang ke negara ni, korang boleh temui banyak bangunan-bangunan bersejarah yang cantik-cantik. Tambahan pula dekat Hanoi ada banyak hotel-hotel bajet yang selesa, pengangkutan awam yang murah dan makanan-makanan tempatan dia pun tak cekik darah.

2. Busan, Korea Selatan

Busan South Korea

Bandar kedua terbesar di Korea Selatan ni memang tak jauh beza dengan Seoul tau! Selain itu juga, ia mempunyai pantai dan laut yang cantik-cantik, gunung-ganang dan kuil-kuil Buddha untuk dilawati.

Untuk pelancong yang mempunyai kekangan kewangan, bandar ini menawarkan tempat tinggal yang bersih, selamat dan cantik untuk pelancong tau. Lepastu makanan pula banyak seafood murah yang ditawarkan di sini dan korang boleh berjalan menggunakan subway untuk pergi ke hampir semua tempat-tempat pelancongan utama.

3. Kathmandu, Nepal

Image Processing20191010 4 Pcjcgb

Kalau korang nak tahu, Kathmandu yang terletak di Nepal ni memang sangat-sangat cantik tau. Ia juga terletak hanya 100km dari gunung tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest.

Dekat sini juga banyak tempat-tempat Warisan Dunia Unesco seperti wayambhunath, Pashupatinath Temple, Boudhanath Stupa dan istana kuno Kathmandu Durbar Square.

Lebih menarik lagi, perbelanjaan dekat sini termasuk penginapan, makanan dan pengangkutan awam tak sampai pun RM100 sehari tau. Yang bestnya dekat sana sejuk tau kadang-kadang masa musim sejuk suhu jatuh bawah sifar!

4. Siem Reap, Kemboja

90 2

Kebanyakan pelancong yang pergi ke Kemboja akan pergi ke Siem Reap yang menempatkan kuil tinggalan besar yang bernama Angkor Wat.

Kemboja merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang dianggap agak murah untuk dilawati dan dekat sana juga sangat senang nak cari tempat tinggal yang murah. Selain tu, korang juga boleh sewa motor atau naik tuk-tuk untuk bersiar-siar. Jimat!

5. Yogyakarta, Indonesia

Things To Do In Yogyakarta 26Th Mar1.Jpg

Yogyakarta yang terkenal dengan Kuil Borobudur ini merupakan antara tempat percutian di Indonesia yang murah tau. Dekat sini juga korang boleh tengok sendiri budaya-budaya di orang di sana yang sangat menarik.

Selain itu, ia juga turut menyediakan banyak tempat tinggal yang murah dan makanan murah pun senang nak cari. Nak lagi jimat, kalau korang nak jalan-jalan kat sana korang boleh naik bas yang memang efisyen dan sangat-sangat murah tau.

Harga untuk percutian bajet di sana termasuk penginapan, makanan dan kos pengangkutan awam cuma dalam RM100 je seorang. Berbaloi betul.

So, korang dah decide ke nak pergi mana ni?

Sumber: Traveloka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.