in

Lagi Kisah Pengasuh ‘Kaki Dera’, Kali Ini Bayi 4 Bulan Dipukul Hingga Lebam di Muka, Peha & Punggung

Ft Dera 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak habis lagi dengan kisah dera kanak-kanak, kini seorang bayi berusia empat bulan pula menjadi mangsa.


Kesan lebam dapat dilihat pada bahagian punggung dan muka mangsa. Apa masalah dorang ni?

Bayi tersebut dipukul sehingga menyebabkan mangsa mengalami lebam di bahagian muka dan paha kiri serta luka di punggung sebelah kiri.

Pengasuh tersebut yang dikenali sebagai Nurul Aslamiah didakwa kerana menyebabkan kecuaian terhadap kanak-kanak itu.

Tertuduh dijatuhkan hukuman oleh Hakim Mahyon Talib, dengan denda sebanyak RM10,000 dan penjara empat bulan oleh oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Presint 14, Putrajaya pada 5.40 petang, 18 Sept 2019 mengikut Seksyen 3 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Nur Aslamiah yang tidak diwakili peguam merayu supaya hukumannya diringankan.

“Saya datang dari Terengganu, Yang Arif. Sekarang saya suri rumah sepenuh masa dan mempunyai seorang anak berusia lapan tahun manakala suami bekerja sebagai pembantu am,”

Capture 6 8 

Walaubagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon supaya hukuman setimpal dikenakan kepada pengasuh tersebut kerana menyebabkan kecedaraan kepada bayi itu, lapor Awani

“Sebagai seorang pengasuh, tertuduh sewajarnya memberi sepenuh perhatian dan penjagaan kepada mangsa apatah lagi tertuduh telah diberi kepercayaan oleh keluarga mangsa untuk menjaganya.

Harap-harapnya hukuman ini menjadi pengajaran untuk orang ramai diluar sana…

Tugas mengasuh ni kan amanah, jaga lah amanah tu sebaik-baiknya…

 

Baca : Tak berhati perut;- [Video] Ibu Tergamak Dera Anak Sendiri Sebab Ponteng Kelas Online, Siap Rakam Lagi!

Capture 6 7

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.