in

“Tak berhati perut”- [Video] Ibu Tergamak Dera Anak Sendiri Sebab Ponteng Kelas Online, Siap Rakam Lagi!

Cc 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan bahawa ibu bapa perlu menitikberatkan soal pendidikan anak-anak mereka.


Namun, tindakan menghukum anak sehingga mendera hanya kerana tidak menghadiri kelas adalah perkara yang keterlaluan!

Itulah yang berlaku di Sulawesi Selatan, Indonesia apabila seorang ibu berang ketika mendapat tahu yang anaknya sudah dua minggu tidak menghadiri kelas dalam talian.

C4 2

 

Bohong ibu saudara beritahu tiada kelas

Kanak-kanak perempuan tersebut sebelum itu diberitahu tinggal bersama ibu saudaranya dan memaklumkan dia tidak mempunyai sebarang kelas pada waktu itu.

Walau bagaimanapun, ibu mangsa telah menerima panggilan daripada guru anaknya yang memberitahu anaknya tidak menghadiri kelas yang telah diadakan. Namun, mangsa menafikan perkara tersebut.

Penipuan itu menyebabkan ibunya terkesan dan ‘naik angin’ sehingga bertindak untuk memukul anaknya sendiri.

 

Dera sambil rakam

Apa yang mengejutkan lagi, tindakan mendera anaknya itu turut dirakam dan dikongsikan kepada ibu saudaranya sehingga video tersebut tular di laman media sosial.

Dalam video yang berdurasi 35 saat itu, mangsa berada dalam ketakutan apabila digenggam dan dipukul dengan kayu daripada lengan hingga ke kaki.

Akibat kejadikan itu, mangsa mengalami lebam kesan daripada pukulan dengan objek tumpul yang digunakan oleh ibunya. Kini mangsa dilaporkan sedang dirawat di hospital, lapor Detik News.

Ibunya telah diperiksa oleh pihak polis tempatan dan kini siatasan masih dilajalankan.

Kalau nak menghukum anak tu jangan la sampai mencedarakan. Ini siap rakam lagi. Trauma budak tu nanti.

 

Baca: “Hantu apa rasuk mak dia” – [VIDEO] Wanita Dera Anak Kecil Untuk Balas Dendam Pada Bekas Suami

C3 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.