in

Boros Sampai Bankrapkan Negara Sendiri! Ini 7 Raja Paling Teruk & Kejam Dalam Sejarah Dunia

Cats123

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Raja merupakan pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara. Sudah tentu, rakyat pasti mengharapkan kepimpinan yang jitu bagi kesejahteraan negara harmoni. Namun, tak semua yang dipilih, layak menggalas tanggungjawab itu. Malah, ada yang terlalu penting diri sampai menyusahkan rakyat. Kalau nak tahu siapa, korang boleh baca je dekat bawah ni.

1. Henry VIII

Henry

Raja Henry merupakan salah seorang pemerintah England yang terkenal suatu ketika dahulu. Sebabnya, dia mainkan peranan penting dalam Reformasi Inggeris di mana negara tu berjaya meninggalkan pengaruh Gereja Katolik lalu menjadikannya sebuah negara Protestan pada abad ke-16.


Kejamnya dia, bila dua daripada enam isterinya dibunuh atas arahannya sendiri! Bukan tu je, dikatakan sepanjang 36 tahun pemerintahannya, dianggarkan sebanyak 57,000 orang telah dijatuhkan hukuman mati dalam negara tu.

Kalau korang nak tahu, dia ni memang suka berperang demi kehidupan mewah. Disebabkan itu, England sampai bankrap dikerjakan dia sorang je.

2. Raja Leopold II

King

Pemimpin Belgium yang dilantik pada tahun 1865 memang sangat kejam dan banyak jenayah yang dilakukan. Pernah satu ketika, dia peroleh tanah orang Congo atas perjanjian antarabangsa dan menjadikannya sebagai harta persendirian.

Disebabkan itu, dia menjadikan rakyat Congo sebagai kuli untuk meragut hasil bumi negara tu seperti gading, tembaga dan getah. Malah, jika ada yang tak tepati kuota yang ditetapkan atau lari daripada jalankan tugas, mereka akan dicacatkan secara sengaja. Ngeri, weh! 

Artikel berkaitan: “Hang pi balik sebelum aku sepok” – [VIDEO] Makcik ‘Sound’ Lelaki Terajang Kucing Sampai Terpelanting

3. Ivan IV

Ivan The Terrible Min

Raja ni dikenali dengan julukan Ivan the Terrible dalam sejarah dunia. Dari namanya je, korang dah boleh agak macam mana peribadinya. Sifatnya dipupuk hasil zaman kanak-kanaknya yang gelap kerana kehilangan kedua ibu bapanya pada usia muda. Tak cukup dengan tu, Mahkamah Diraja negara itu melayan dia seperti seekor haiwan dengan membiarkan dia kelaparan.

Walaupun begitu, ini tak boleh dijadikan alasan kerana keganasan yang dia buat amat melampau! Selain dituduh atas pembunuhan beramai-ramai, dia juga pernah membunuh anak lelakinya sendiri dan mengerjakan menantunya yang sarat mengandung.

4. Mary I 

Mary

“Bapa borek anak rintik.” Kekejaman Permaisuri England ni saling tak tumpah kerana dia merupakan anak perempuan sulung Raja Henry VIII. Berbanding dengan ayahnya, dia mahu membawa England kembali berada di bawah pemerintahan Gereja Katolik.

Disebabkan itu, dia telah membakar lebih 280 penentang sepanjang lima tahun pemerintahan dan mendapat gelaran Bloody Mary yang bermaksud Mary yang berlumuran darah.

5. Permaisuri Ranavalona I

Ranavalona 1 B

Permaisuri kali ni merupakan pemerintah Kerajaan Madagascar pada tahun 1828 hingga 1861. Walaupun berjantina perempuan, kekejamannya tidak dapat dinafikan. Dikatakan, dia mewujudkan satu sistem kehakiman zalim di mana orang yang dituduh bersalah ditentukan kebenarannya dengan seksaan menggunakan kacang beracun daripada pokok renek Tangena.

Disebabkan inilah, ramai askar dan orang awam maut sekaligus membuatkan populasi rakyat berkurang separuh dari jumlah asal!

Artikel berkaitan: “China telah lakukan kejahatan paling keji” – [VIDEO] Ulama Uighur Rayu Pemimpin Islam Dunia Buka Mata

6. Gaius Caligula

Capture

Empayar Rom memang terkenal dengan pemimpin tak berperikemanusiaan suatu masa dulu, termasuklah Maharaja Gaius Caligula ni. Yang lainnya, dia ni maharaja dengan tingkah laku yang tak menentu lepas je dia terkena penyakit demam.

Buktinya, dia pernah mencemarkan dewan senat Rom dengan menjadikan kudanya sebagai konsul dan membunuh beberapa senator zaman pemerintahannya. Apa yang lagi kejamnya, dia pernah memaksa waris bersamanya, Gemellus untuk membunuh diri. Malah, ada teori yang mengatakan dia ‘enjoy‘ tengok mangsa-mangsanya kena seksa.

7. Vlad III

Vlad Tepes 002

Nama Vlad ni memang sinonim dengan pontianak penghisap darah. Mana taknya, kekejaman pemerintah Wallachia ni sesuai digambarkan dengan raja yang dahagakan darah musuh-musuhnya.

Dia diberi gelaran ‘The Impaler‘ kerana tindakannya yang membina sebuah ‘hutan’ dipenuhi mayat-mayat yang ditusuk pancang ketika peperangannya menentang Kerajaan Uthmaniyyah.

Sumber: StarsInsider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.