in

“Dia nyawa ibu…”

1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kita dikejutkan dengan berita seorang lelaki pemandu Grab meninggal dunia kerana dipercayai dijerut dalam kereta miliknya di kawasan parkir Taman Selayang Makmur, Selayang, Gombak .


Mangsa berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Aiman Nosri ditemui mati dengan kesan melecet pada leher. Menurut Harian Metro, akak sulung Aiman, Fatihah menceritakan bahawa adiknya memaklumkan kepada ibu mereka Norizawati Dani ketika mahu menghantar pelanggan dari KLIA ke Puncak Alam, Selangor.

“Dia ibarat nyawa ibu. Dia peneman setia ke mana saja ibu pergi,” cerita Fatihah meluahkan rasa sedih.

2 3
sumber: harian metro

“Adik (Aiman) tidak pulang ke rumah malam itu, tapi itu biasa kerana dia kerap begitu.”

“Jika tidak pulang, adik akan tidur di rumah kawan atau dalam kereta kerana kepenatan. Paling lewat Aiman akan pulang esoknya dan menghubungi ibu bagi memaklumkan mana dia berada.”

Namun ibu dan bapa tiri menjadi bimbang apabila Aiman masih belum pulang ke rumah walaupun sudah petang. Apa yang lebih membimbangkan adalah bila Aiman tidak menghantar sebarang mesej Whatsapp dan langsung tak menghubungi keluarga.

22
sumber: facebook

“Bapa tiri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pagi semalam kerana bimbangkan keselamatan adik.”

Ibu Aiman kemudiannya dihubungi polis kira-kira pukul 7 malam dan dimaklumkan tentang kematian anaknya. Menurut Fatihah, Aiman yang merupakan seorang lepasan diploma Universiti Selangor (Unisel) membawa Grab sepenuh masa sejak setahun lalu.

“Aiman bersungguh-sungguh mahu mencari pendapatan bagi membantu keluarga dan mengubah nasib dirinya.”

Aiman
sumber: facebook

“Dia juga melakukan kerja sambilan membabitkan multimedia, laman web dan pengaturcaraan.”

Semoga keluarga Aiman tabah menghadapi pemergian Aiman. Mesti ibu dia rindu nak keluar ke mana-mana dengan Aiman nanti…

Baca: “Company grab bodoh!” – Pemandu Grab Mati Dijerut Oleh Pelanggan di Selayang

Hsoqd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.