“Kurang ajar jahan*m” – Pergi Masjid, Solat Jemaah Tapi Dalam Diam Cipta Game Hina Nabi Muhammad

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Seorang lelaki ditahan selepas didakwa menghina Nabi Muhammad SAW melalui permainan online, lapor Tribun. Irwan Guswanto, 38, telah mencipta satu online game bernama Remi yang mempunyai isi kandungan mengejek serta menghina Islam serta Nabi Muhammad.

Isu ini mula menarik perhatian ramai selepas satu posting di Twitter dimuat naik oleh seorang individu yang mahu orang ramai laporkan aplikasi game tersebut.

Sumber: Twitter

Pihak polis telah menahan Irwan di rumah mertuanya dekat Garut, Jawa Barat pada 11 November kira-kira jam 9 malam. Selain itu, seramai 12 anggota polis telah menggeledah rumah itu dan merampas telefon bimbit, laptop, buku serta dokumen membabitkan permainan tersebut.

Sumber: Tribun

Saat mendapat berita penangkapan Irwan, ramai penduduk setempat terkejut dan seperti tidak percaya kerana Irwan dikatakan rajin ke masjid menunaikan solat jemaah.

Banyak yang kaget ‘kok ditangkap?’. Apalagi setelah tahu kalau disebut bikin gim (game) yang menghina agama dan nabi.”

Orangnya enggak banyak tingkah. Sosialisasinya juga bagus. Salat lima waktu juga di masjid terus.”

Permainan game tersebut kini sudah tidak boleh diakses dan ramai penduduk di sana kecewa serta marah dengan Irwan kerana telah memperdaya mereka dengan kebaikannya selama ini.

Sumber: Demokrasi

Irwan kini berada di bawah tahanan polis dan kes masih dalam siasatan.

Penyidik masih melakukan pemeriksaan alat bukti di laboratorium digital forensik.”

Penampilan yang baik tidak bermakna akhlak seseorang itu juga baik.

Baca: “Mudahnya kita tertipu” – Kisah Cristiano Ronaldo Derma 1.5 Juta Euro Untuk Palestin Hanyalah Palsu Belaka

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!