“Mudahnya kita tertipu” – Kisah Cristiano Ronaldo Derma 1.5 Juta Euro Untuk Palestin Hanyalah Palsu Belaka

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo beri sumbangan 1.5 juta Euro kepada Palestin sempena Ramadhan”

Mesti kita pernah dengar dan lihat headline ni kan, dan kita rasa teruja “Wah, hebatnya dia ni!”

Tapi sebenarnya, berita tersebut adalah palsu.

Dipetik dari laman Mondoweiss, berita palsu tersebut berterusan dikongsikan oleh netizen tanpa mengetahui — mereka sebenarnya telah menyebarkan maklumat palsu.

Menurut penulisnya, Nicolas Sawaya — beliau mula menyedari perkara tersebut daripada perkongsian seorang pengguna Twitter yang memuatnaik sebuah link sebelum ia diretweet semula ribuan kali oleh pengguna lain.

Kalau kita perhatikan, link yang dia kongsikan itu berasal daripada sebuah laman web ini.

Selain penggunaan Bahasa Inggeris yang agak teruk, artikel itu juga tidak menyatakan dengan terperinci bila, di mana dan nama badan amal yang menerima sumbangan tersebut.

Nicolas kemudian membuat carian mengenai sumber itu, dan beliau berkata — ia sebenarnya berasal dari sebuah agensi berita Macedonia yang dikenali sebagai Shqip Media. Bila diperiksa, Shqip Media sememangnya ada memuatnaik artikel mengenai sumbangan Ronaldo kepada Palestin itu — cuma mereka telah secara terang-terangan menjelaskan di dalam headline bahawa ia adalah berita palsu!

FAKE NEWS: Ronaldo dhuron 1.5 milionë euro për iftar në Palestinë

Dan selidik punya selidik dapatlah diketahui bahawa, artikel asal ini telah diGoogle Translate dari bahasa asalnya Albania kepada Bahasa Inggeris — sebelum ia disiarkan di laman 9sportpro.

Kemudian timbul pula spekulasi lain mengapa 9sportpro berkongsi artikel itu tanpa memaklumkan ia adalah fake news.

Artikel itu kemudian terus dikongsi dan disiarkan oleh pelbagai agensi media antarabangsa lain dan ini termasuklah media kita sendiri.

Apa pun, Ronaldo sememangnya terkenal sebagai seorang individu yang pemurah dan seringkali memberi sumbangan kepada yang memerlukan.

Pada Disember 2016, beliau mengumumkan pemberian derma kepada yayasan amal Save The Children untuk membantu kanak-kanak pelarian Syria.

Agak menyedihkan jugalah bila keprihatinan seseorang disalahgunakan untuk mengejar ribuan klik dan likes menerusi artikel palsu seperti ini.

 

Baca: Tak Cukup Bedil Bumi Palestin Dengan Bom, Israel Makin Melampau Halang Penduduk Tunai Solat Tarawih

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.