Kunjungi Al-Ula Selepas Buat Umrah, Netizen Kecam Bunga Citra Lestari & Keluarga

Tambah ke Sumber Pilihan
Kunjungi Al-Ula Selepas Buat Umrah, Netizen Kecam Bunga Citra Lestari & Keluarga

Tidak lama dulu, kecoh diperkatakan mengenai pelakon terkenal Malaysia, Zul Ariffin berkunjung ke Al-Ula yang mendapat kecaman hebat netizen.

Rata-rata berpendapat kota yang dikunjungi pelakon itu adalah tempat terkutuk yang dilaknat Allah SWT.


Nampaknya, perkara yang sama juga berlaku kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang baru menjalani ibadah umrah bersama suaminya, Tiko dan anak serta ibu di Tanah Suci Mekah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

Artikel berkaitan: “Semoga tak terbuka lagi” – BCL Pergi Umrah Tapi Lain Pula ‘Pesanan’ Netizen?

Artikel berkaitan: “Semoga berbahagia” – Tindakan BCL Peluk Ibu Arwah Ashraf Ketika Hari Pernikahan Buat Netizen Terharu

BCL dan keluarga kunjungi Al-Ula? 

Menerusi perkongsiannya di Instagram, BCL memuat naik beberapa fotonya bersama suami, anak dan juga ibu berkunjungi ke Al-Ula pada waktu malam.

BCL juga dilihat sopan memakai jubah berwarna coklat dengan ikatan skarf pada kepalanya dengan rona warna yang serupa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

“Under the starry sky,” tulisnya.

“Ngapain ke al ula anj*r” 

Posting yang dikongsikan BCL bagaimanapun telah mendapat kecaman dan kritikan hebat daripada netizen yang tidak bersetuju dengan tindakannya berkunjung ke Al-Ula memandangkan ada yang berpendapat ia adalah sebahagian daripada kota yang dilaknat Allah SWT.

Al Ula Merge

Walau bagaimanapun, BCL dilihat telah ‘pinned’ beberapa komen di posting tersebut yang menjelaskan bahawa Al-Ula bukanlah kota yang dilarang untuk dikunjungi dan sebenarnya Madain Saleh adalah kota terkutuk tersebut yang terletak 20 minit dari situ.

Al Ula Boleh

Apa-apapun, sebaiknya kita janganlah mengecam seseorang individu secara keterlaluan. Kita doakan yang baik-baik saja untuk BCL dan keluarga. 

Sumber: Instagram

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kunjungi Al-Ula Selepas Buat Umrah, Netizen Kecam Bunga Citra Lestari & Keluarga
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kunjungi-al-ula-selepas-buat-umrah-netizen-kecam-bunga-citra-lestari-keluarga/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM