in

Kunci Motosikal Dicabut, Guru Wanita Di Indonesia Dibuli Pelajar

F1 Buli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes buli dalam kalangan pelajar bukanlah sesuatu yang asing di mana-mana negara. Namun, baru-baru ini pula, seorang guru wanita di sebuah sekolah di Maluku, Indonesia dikatakan telah dibuli oleh pelajarnya.

Ini berikutan sebuah video telah tular di mana guru tersebut dihalang daripada pulang ke rumah setelah kunci motosikalnya telah dicabut secara paksa oleh pelajar.


Apa yang membuatkan situasi lagi panas adalah terdapat ramai pelajar yang menyaksikan kejadian itu namun tiada sesiapa pun yang membantu guru tersebut.

Memetik laporan Kompas.com, apabila guru terbabit cuba untuk mengambil semula kunci motosikalnya itu, belasan pelajar yang berada di tempat kejadian hanya bersorak kepadanya.

“Tak boleh balik” kata pelajar-pelajar tersebut.

Setelah guru itu berulang kali meminta untuk mendapatkan kuncinya, barulah kunci tersebut diberikan kepadanya semula.

2 1

Difahamkan, kejadian tersebut terjadi di kawasan tempat letak kenderaan di sekolah itu pada 14 Ogos lalu yang pada ketika itu para pelajar sedang mengadakan demonstrasi kerana ada antara mereka yang tak puas hati dengan pihak sekolah.

1 4

Namun, difahamkan juga, guru tersebut yang dikenali sebagai Maryam telah memaafkan tindakan pelajarnya kerana baginya, pelajar tersebut sudah dianggap seperti anak-anaknya sendiri.

Dia turut menganggap kejadian itu sebagai pancaroba yang perlu ditempuhinya untuk mendidik pelajar sekolah.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen Indonesia mengecam tindakan pelajar-pelajar sekolah itu yang bertindak sedemikian.

Sumber: Kompas.com, Instagram Memomedsos 

Baca: “Baru baik dari kanser”- Tular Video Pelajar Dibelasah Beramai-ramai, 7 Suspek Ditahan Polis

Pelajar Dibelasah Beramai Ramai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.