in

“Sorang tukang rakam, lagi 4 belasah” – [VIDEO] Lima Pelajar Sekolah di Ranau DITANGKAP Polis Lepas Video Gaduh Viral

Vid Feat

Pada jam 10.40 malam tadi, pihak polis daerah Ranau telah menerima laporan daripada seorang pelajar lelaki berhubung pergaduhan dan sebuah klip video yang tular.

Menurut Berita Harian, susulan laporan polis itu, lima pelajar termasuk seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di daerah tersebut telah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Student1

Kesemua mereka berusia 16 tahun termasuk pelajar perempuan itu yang dipercayai merakam kejadian tersebut. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, klip video yang tular di media sosial tersebut menunjukkan pergaduhan di antara mereka yang memakai uniform sekolah.

“Saya sendiri melihat video pergaduhan itu di media sosial yang mana terdapat sekumpulan pelajar terbabit dalam pergaduhan.”

“Polis akan menjalankan siasatan terhadap pelajar yang terbabit dalam video itu dan kita minta masyarakat agar memadam serta menghentikan penyebaran video berkenaan.”

Student2

Video yang berdurasi 15 saat itu dikatakan tular sejak jam 3 petang semalam di mana seorang pelajar lelaki dilihat telah dibelasah beberapa individu dipercayai di tempat menunggu bas depan sekolah.

Beberapa pelajar lelaki yang berada di tempat kejadian dan menyaksikan pergaduhan tersebut kemudian campur tangan serta cuba meleraikan mereka.

Tonton video tular itu di sini.

Baca: Gadis Dibuli Budak Sekolah Lain Trauma Lepas Video Viral, Ditendang & Dipaksa Cium Kaki 10 Kali

Kena Buli