in

Selepas Diharamkan di Malaysia, Kumpulan The 1975 Batal Persembahan Di Jakarta & Taiwan

F2 The 1975 Batal Persembahan Di Jakarta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kumpulan muzik dari UK, The 1975 yang telah membuat kekecohan akibat aksi tidak senonoh di atas pentas ketika konsert Good Vibes Festival pada malam Jumaat lalu di Sepang sebenarnya dijadualkan untuk membuat persembahan seterusnya di We The Fest di Jakarta, Indonesia pada 23 Julai.

10 3

Namun, difahamkan, band tersebut telah bertindak membatalkan persembahan mereka di negara jiran berikutan keadaan yang tidak mengizinkan.


Bukan itu sahaja, kumpulan muzik berkenaan turut membatalkan persembahan mereka di di Taipei, Taiwan.

Pembatalan persembahan tersebut telah dikongsikan awal pagi tadi menerusi Instagram penganjur festival We The Fest.

Walaupun ada peminat The 1975 di Indonesia yang kecewa dengan pembatalan itu, namun rata-rata netizen mereka lega kerana ramai yang khuatir jika perkara  yang berlaku di Good Vibes Festival bakal turut terjadi di negara mereka.

Whatsapp Image 2023 07 23 At 11.47.30 Am 1

Whatsapp Image 2023 07 23 At 11.47.30 Am

Baca: The 1975 Digam, Hina Kerajaan Malaysia & Buat Aksi Tak Senonoh Atas Pentas Ketika Konsert Di Sepang

The 1975

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.