Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) meminta penganjur konsert terutamanya melibatkan persembahan artis luar negara untuk menyediakan ‘kill switch’ atau memutuskan bekalan elektrik konsert yang dianjurkan mereka.
Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Menteri, Teo Nie Ching, dan langkah yang dicadangkan tersebut bagi memastikan insiden kontroversi seperti yang dilakukan oleh kumpulan The 1975 sebelum ini tidak berulang lagi.
Artikel berkaitan : “Taylor Swift tak kenal kau pun” – Berarak Sempena Album Baru, ‘Swifties’ Indonesia Dikecam
Artikel berkaitan : Artis Korea Selatan Batal Konsert Di Malaysia Lepas Dikecam Netizen Gara-gara ‘Like’ Status Sokong Israel?
Dalam masa yang sama, anggota polis serta beberapa agensi lain akan ditempatkan di tapak konsert untuk memantau setiap konsert yang dianjurkan.
1. KKD has asked organizers of concerts involving foreign artists to turn off the electricity supply immediately if there is an indecent scene in their performance.
KKD Deputy Minister, Teo Nie Ching, says this follows the act of The 1975 group during the GVF concert last July. https://t.co/ISl09lCAoj pic.twitter.com/vgRWXOwtfl
— BFM News (@NewsBFM) October 30, 2023
Selain meletakkan anggota polis serta agensi-agensi terlibat, penganjur disarankan untuk mewujudkan ‘kill switch’ yang boleh digunakan serta merta sekiranya berlaku insiden yang tidak senonoh yang dilakukan oleh artis yang membuat persembahan.
Bekalan elektrik akan diputuskan serta merta dan persembahan tidak boleh diteruskan kata Teo menjelaskan garis panduan selepas insiden kontroversi yang berlaku sebelum ini.
Tambah Teo lagi, garis paduan yang lebih ketat ini diharap membuatkan para artis luar negara yang ingin membuat persembahan mengikut budaya Malaysia dan usaha ini perlu dikuat kuasa agar insiden kontroversi yang dilakukan oleh kumpulan The 1975 di Festival Good Vibes 2023 tidak berulang lagi.
Sumber : TRP
