in

The 1975 Digam, Hina Kerajaan Malaysia & Buat Aksi Tak Senonoh Atas Pentas Ketika Konsert Di Sepang

The 1975

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam semalam, persembahan kumpulan muzik dari England, The 1975 telah dihentikan gara-gara vokalis band tersebut iaitu Matty Healy telah membuat aksi yang tidak senonoh di atas pentas depan penonton Good Vibes Festival di Sepang.


2 1 3

Difahamkan, pada mulanya Matty telah membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT.

Anda boleh baca ucapannya itu yang telah dikongsikan semula oleh netizen ini.

Vokalis band tersebut juga telah membuat aksi tidak sopan berciuman sesama jantina apabila dia mencium pemain bass band tersebut, Ross McDonalds di atas pentas yang sama.

Matty juga turut didakwa telah meludah, merosakkan drone milik penganjur Good Vibes Festibal dan minum alkohol di atas pentas.

Persembahan berlangsung seperti biasa namun tak lama kemudian, Matty mengatakan kepada penonton bahawa persembahan kumpulan mereka telah dihentikan dan tidak boleh diteruskan.

Penyanyi itu dan ahli kumpulannya yang lain beserta krew mereka selepas itu meninggalkan pentas.

Namun, ini bukanlah kali pertama vokalis itu membuat onar ketika persembahan kerana pada tahun 2019, dia juga pernah mencium seorang peminat lelaki ketika konsert di Dubai sedangkan di negara itu, aksi yang berkaitan homoseksual adalah dilarang sama sekali.

Dia yang sememangnya terkenal dengan sikapnya yang tidak professional ketika membuat persembahan juga baru-baru ini telah memakan daging stik mentah ketika konsert di London.

Rata-rata penonton ketika konsert di London itu mual melihat tindakannya itu.

Walau bagaimanapun, Menteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil menerusi Twitter menyifatkan tindakan vokalis band itu sangat biadap dan difahamkan, beliau akan bertemu dengan penganjur pada hari ini untuk penjelasan.

Baca: 5 Kisah Benar Yang Menyayat Hati Jadi Inspirasi Disebalik Lagu-Lagu Ini!

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.