in

Kumpulan Pertama Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech Selamat Tiba di KLIA

1Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Vaksin Covid-19 yang ditunggu-tunggu selamat tiba apabila pesawat khas yang membawa kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech mendarat di KLIA pagi ini.


Screenshot 2021 02 21 At 11.45.23 Am
Pesawat MH604 yang dihiasi livery Jalur Gemilang itu, simbolik bahawa vaksin tersebut adalah untuk rakyat Malaysia, membawa 312,390 dos vaksin Covid-19, lapor Astro Awani.

Selamat tiba di KLIA

Penghantaran vaksin yang dikendali oleh MASKargo itu disambut oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Adham Baba, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaludin berserta petugas barisan hadapan lain. Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Twitter rasmi @KKMPutrajaya, ada berkongsi beberapa gambar ketibaan vaksin berkenaan.

Screenshot 2021 02 21 At 11.50.43 Am Screenshot 2021 02 21 At 11.50.52 Am Screenshot 2021 02 21 At 11.51.26 Am

Kumpulan pertama bekalan vaksin Pfizer-BioNTech tiba di KLIA melalui penerbangan MH604 yang dikendalikan MASKargo. Perjalanan vaksin dari kilang Pfizer di Belgium diuruskan Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global.

Screenshot 2021 02 21 At 11.52.07 Am Screenshot 2021 02 21 At 11.51.08 Am Screenshot 2021 02 21 At 11.51.56 Am

Vaksin berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.

Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Kebangsaan akan bermula dalam masa terdekat dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi penerima pertama.

Screenshot 2021 02 21 At 11.51.39 Am

 

Baca: KJ Sahkan PM Bakal Jadi Orang Pertama Terima Vaksin Covid-19 Di Malaysia

Screenshot 2021 02 21 At 12.02.20 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.