in

“Kukuh ke” – [VIDEO] Viral Netizen Pertikai Jurutera Buat Jalan Pakai Buluh Je, Ini Penjelasannya…

Page 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular di laman sosial Tiktok berkenaan tapak binaan jalan raya menggunakan buluh untuk mengukuhkan pembuatan jalan. Aik? Boleh tahan lama ke?


@lockrm10

Buat jalan pakai buluh ? Ada abang2 akak2 engineer boleh terangkan tak kat sini

♬ DJ Lalala – yogaserge – yogaserge

Melalui akaun @lockrm10, video tersebut dirakam dari dalam kereta, menyaksikan sekumpulan jurutera sedang meneliti mekanisme jalan raya tersebut, juga beberapa orang dari mereka yang berdiri di atas susunan buluh tersebut untuk menguji kekukuhan bahan binaan tersebut.

Video tersebut menimbulkan tanda tanya kepada netizen kerana antara bahan-bahan yang biasa kita dengar untuk mengukuhkan jalan raya termasuklah besi fiber. Namun buluh adalah satu bahan yang agak luar biasa dan mungkin yang pertama kali dilihat oleh kebanyakkan orang.

Sebenarnya, buluh pernah saja digunakan sebagai salah satu bahan binaan sebelum ini, bukan saja untuk jalan raya malah untuk pembinaan rumah juga.

Untuk penggunaan buluh pada jalan raya ini, dikatakan ia demi tujuan mengukuhkan jalan pada permukaan tanah yang lembap atau berlumpur. Seperti yang diberitahu oleh pemilik video ini, jalan raya di kawasan itu sering merekah ketika cuaca panas, akibat dari keadaan tanah yang tak berapa baik.

B 3

Buluh ni memang digunakan kepada pembinaan bangunan yg ingin dibina di tanah yg lembap atau berlumpur. Dekat Vietnam semua pembinaan dorang guna buluh” – komen seorang netizen.

Selain itu, ada netizen berpendapat bahawa apa yang dilakukan oleh sekumpulan jurutera tersebut merupakan sesi menguji buluh sebagai bahan pembinaan lestari.

Z 3V 3N 1

Tak lupa juga kepada netizen-netizen kuat bergurau yang sentiasa menceriakan laman Tiktok ni. Nak berakit-rakit pun bolehlah bang…

X 3C 3

Haa… ingat buluh ni guna untuk buat lemang je ke? Serba boleh, tau!

BACA: Lelaki Ini Bingung Nak Lalu Mana, Jalan Raya Penuh Dengan Jemuran Keropok

L 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.