in

Lelaki Ini Bingung Nak Lalu Mana, Jalan Raya Penuh Dengan Jemuran Keropok

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda menetap di kawasan perkampungan atau luar bandar, pasti anda biasa melihat golongan peniaga atau warga tua menjemur makanan di bawah cuaca panas terik. Kebiasaannya, makanan yang dijemur ialah keropok dan ikan kering.


Namun, lain pula situasi yang dihadapi oleh pemuda dari Indonesia yang dikenali sebagai Rudi ini. Menurut video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Rudi terkejut apabila melihat seorang wanita menjemur keropok sehingga memenuhi jalan raya.

@rudiancip

bukan nya gak sopan tapi ya gimna lagi ?#fyp #GoodDayGoodJam

♬ DINDA RMX – Rian.A

Pada mulanya, Rudi sedang menaiki motosikal apabila dia menemui jalan di sebuah kawasan perumahan yang dipenuhi dengan jemuran keropok. Turut kelihatan seorang wanita sedang menyusun keropok tersebut di atas jalan raya seorang diri.

Bingung tidak tahu nak lalu di mana, Rudi mengambil keputusan meneruskan menunggang motosikal dengan lalu di atas jemuran keropok tersebut.

3 1

Jelas Rudi, dia bukannya mahu menunjukkan sikap kurang sopan, tetapi dia tidak tahu jalan alternatif untuk lalu di situ memandangkan ia sudah dipenuhi dengan jemuran keropok.

“bukan nya gak sopan tapi ya gimna lagi”

Dalam satu video lain, sebuah lori turut dilihat memandu di atas jemuran keropok tersebut memandangkan tiada jalan lain yang boleh dilalui.

@rudiancip

Balas @esar_112 si ibunya baik banget

♬ Yamet Kudasi Beatbox – DJ Sopo

Meskipun, pengguna jalan raya memilih untuk lalu di atas jemuran keropok tersebut, wanita itu tetap kelihatan tenang dan tidak menunjukkan reaksi marah walaupun keropoknya hancur.

Video ini menimbulkan persoalan ramai, apakah yang bermain di fikiran wanita tersebut sehingga dia memilih untuk menjemur keropok di atas jalan raya?

BACA: Penjual ‘Nasi Kuning’ Mirip Oppa Lee Min Ho Buat Ramai Gadis Tak Keruan

Cover 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.