in

Kucing Besar, Beruang & Musang Antara Haiwan Di Zoo Oakland Terima Suntikan Vaksin Eksperimen COVID-19

Vaksin Haiwan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti Malaysia, banyak negara lain di dunia ini yang sudah memulakan program vaksinasi untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Tapi, bagi sebuah zoo di Amerika Syarikat ini mereka memilih untuk mengambil langkah proaktif dengan memberikan suntikan vaksin kepada haiwan-haiwan di dalam zoo mereka.


Rawimage E1625373805346

Lapor The New York Times, pada minggu ini, haiwan seperti beruang, harimau, singa dan ferret adalah antara 100 haiwan terawal di Oakland Zoo, California yang mula menerima suntikan vaksin eksperimental sebagai langkah awal untuk mencegah penularan wabak COVID-19.

Ferret Vaccine Ferretvite Vitamin Supplement On Finger2Oakland Zoo 1200Xx3024 1701 0 1606 E1625373955554

Sebuah syarikat farmaseutikal veterinar, Zoetis, dilaporkan telah mendermakan 11,000 dos vaksin kepada kira-kira 70 zoo, pusat perlindungan haiwan, universiti dan pusat konservasi di 27 negeri di Amerika Syarikat. Oakland Zoo merupakan antara yang terawal untuk menerima dos vaksin terbabit.

Difahamkan, vaksin yang didermakan syarikat itu memang khusus untuk haiwan dan telah melakukan beberapa ujian yang tidak sesuai digunakan untuk melindungi manusia daripada virus COVID-19.

“Vaksin ini bermakna haiwan di zoo kami akan lebih selamat,” kata Dr Alex Herman, naib presiden perkhidmatan veterinar di Oakland Zoo.

800 E1625373905724

Tambah Dr Herman lagi, haiwan pertama yang menerima suntikan vaksin eksperimen itu adalah dua ekor harimau tua di zoo terbabit.

Meskipun tiada laporan berkenaan kes jangkitan virus COVID-19 paa mana-mana haiwan di Oakland Zoo, pihak pengurusan tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan terdapat jarak fizikal antara manusia dan haiwan serta memakai sut perlindungan diri (PPE).

Sumber: The New York Times

Baca: “Ni pun nak scam” – Doktor Palsu Caj Sampai RM235 Untuk Suntikan Vaksin Rupanya ‘Inject’ Pesakit Dengan Air

Uganda E1625373589134

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.